Now Reading
Sarawak Arah Tangguh Pendaftaran PADU, Bimbang Isu Pelanggaran & Kebocoran Data

Sarawak Arah Tangguh Pendaftaran PADU, Bimbang Isu Pelanggaran & Kebocoran Data

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan keperluan membangunkan PADU kerana sudah wujud sistem e-Kasih bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pendaftaran bagi Pangkalan Data Utama (PADU) hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ditutup pada 31 Mac ini.

Sehubungan dengan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan hanya 7.36 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di PADU, lapor Sinar Harian.

Dengan kempen kesedaran yang banyak dijalankan oleh kerajaan, beliau berkata Jabatan Perangkaan Malaysia berharap agar lebih ramai individu akan melakukan pendaftaran tersebut.

“Kita menjangkakan peningkatan yang ketara. Sehingga semalam, sebanyak 7.36 juta telah kemas kini, iaitu mencecah lebih 35% daripada mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang kita anggarkan terdapat sekitar 20 juta rakyat Malaysia dalam kumpulan umur itu,” katanya semalam (24 Mac) di Program Jelajah PADU Komuniti Siam di Kampung Tok Set.

Terkini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sasaran 50% pendaftaran PADU boleh dicapai menjelang tarikh tutup.

https://twitter.com/fahmi_fadzil/status/1772132673273966765

Sarawak Tangguh Pendaftaran PADU

Baru-baru ini, kerajaan negeri Sarawak telah mengemukakan kebimbangan mengenai PADU.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Kabinet negeri telah mengarahkan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali agar menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap perkara ini.

Abdul Karim juga mengemukakan tentangannya terhadap PADU dan mempersoalkan keperluan kerajaan persekutuan membangunkan pangkalan itu memandangkan sudah wujudnya sistem e-Kasih.

“Kita sudah ada sistem e-Kasih yang diadakan bagi mengenal pasti golongan miskin yang memerlukan bantuan, jadi apa keperluan adanya PADU pula?” soalnya, lapor Harian Metro.

Dia turut mempersoalkan ketelusan borang PADU yang mendedahkan maklumat peribadi seperti akaun bank, akaun ASB, rumah dan nama hartanah.

Daftar PADU macam menelanjangkan diri.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
https://twitter.com/saifuddinabd/status/1771120817382027599?

PDPA Tak Jamin Hak Privasi

Terkini, Sharifah Hasidah telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai isu pendaftaran PADU.

Menurutnya, negeri itu mengarahkan penangguhan pendaftaran PADU kerana bimbang dengan pelanggaran dan kebocoran data yang berleluasa.

Pengumpulan data kesemua rakyat Malaysia dalam satu pangkalan utama perlu dilengkapi dengan keselamatan dan perlindungan data tahap tertinggi, katanya.

Dia juga menerangkan bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) sering disalah anggap sebagai perundangan berkenaan hak privasi. Walhal, ia tertakluk kepada perlindungan data peribadi sahaja.

“PDPA menjadi satu-satunya undang-undang utama yang berkaitan dengan perlindungan data di Malaysia yang sehingga kini sentiasa dijadikan rujukan bagi perkara yang berkaitan dengan perlindungan data dan privasi.

“Ini adalah tanggapan umum yang salah bahawa PDPA adalah perundangan ‘hak privasi’. Walaupun privasi dan data peribadi selalunya boleh saling berkait, PDPA adalah terhad kerana ia bertentangan dengan hak privasi secara umum,” katanya.


Perak Mohon Tarikh Tutup PADU Dilanjutkan

Dalam masa sama, kerajaan Perak telah mengemukakan pelanjutan tarikh tutup supaya dapat mencapai sasaran 1.8 juta penduduk negeri itu berdaftar dengan PADU.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Mohd Azlan Helmi, berkata ini kerana kebanyakan penduduk di negeri itu (sekitar 50%) berada di kawasan pendalaman.

“Kita berusaha sedaya upaya namun beberapa faktor perlu diambil kira termasuk kekangan dari sudut tenaga kerja dalam membantu rakyat mendaftar selain kekangan dari sudut jaringan telekomunikasi terutama kawasan pedalaman,” katanya, lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Rafizi dilaporkan berkata tarikh tutup itu tidak akan ditangguh kerana tindakan itu akan mengganggu usaha untuk menawarkan subsidi tersasar menjelang akhir tahun ini, lapor FMT.

“Kita perlu mengikut tempoh untuk melaksanakan subsidi yang disasarkan. Jika saya mempunyai lebih masa, saya akan melanjutkan (tarikh akhir),” maklumnya ketika sesi ‘town hall’ perbincangan kadar rendah pendaftaran PADU.


Orang Ramai Turut Risau Dengan Isu PADU

PADU bukan sahaja menimbulkan persoalan dari kalangan pemimpin negeri, tetapi masyarakat umum juga kelihatan berpecah-belah dengan isu pendaftaran pangkalan tersebut.

Walaupun terdapat individu yang sanggup mendaftar, ada juga yang merasakan kerajaan kononnya memaksa rakyat untuk melakukan hal tersebut.

Seorang individu berkata kerajaan seharusnya menyelesaikan isu keselamatan berhubung pangkalan itu.

Ada juga yang meminta agar ‘ugutan’ bahawa tidak mendaftar mungkin akan menyebabkan seseorang tidak mendapat bantuan dihentikan.

Sumber: X

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd