Now Reading
[Foto] Netizen Puji Tuan Rumah Tak Ambil Sewa 2 Bulan Demi Musim Perayaan & Sekolah Buka

[Foto] Netizen Puji Tuan Rumah Tak Ambil Sewa 2 Bulan Demi Musim Perayaan & Sekolah Buka

Menurut penyewa, Aznieha Khamis, bukan dia sahaja yang menyewa dengan tuan rumah berkenaan, tetapi terdapat berpuluh-puluh rumah lain yang dimilikinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam persediaan musim perayaan dan persiapan sekolah anak-anak, ibu bapa perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk berbelanja.

Bagi sesetengah keluarga yang kurang berkemampuan, mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan atau meminjam daripada kenalan bagi menggembirakan anak-anak.

Namun begitu, ada keluarga yang bertuah dan diberi rezeki bertemu dengan orang sekeliling yang baik, termasuk tuan rumah sewa mereka.


Sewa Dikecualikan Sewaktu Musim Perayaan

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Aznieha Khamis telah membuat satu perkongsian di akaun Facebook miliknya.

Dia yang menyewa sebuah rumah berkata tuan rumah pasti akan mengecualikan bayaran sewa pada setiap kali perayaan seperti Raya Aidilfitri.

“Tuan rumah dari syurga,” begitulah Aznieha menggambarkan tuan rumahnya.

Tambahnya, bukan hanya dia yang menyewa rumah dengan pemilik berkenaan, tetapi terdapat berpuluh buah rumah lain yang disewa daripadanya.


Tuan Rumah Merupakan Seorang Datin

Aznieha berkata individu berkenaan merupakan seorang datin yang ‘low profile’ dan merendah diri. Dia merahsiakan tuan rumahnya.

Melihat kepada tangkap layar yang dimuat naik, tuan rumah tersebut kali ini tidak mengambil sewa bagi bulan Mac dan April tahun ini.

Ini dilakukan demi memberi laluan kepada para penyewannya untuk membuat persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan yang akan bermula minggu hadapan serta persiapan raya.

Sumber: Facebook

Netizen Puji & Titip Doa Buat Tuan Rumah

Berikutan daripada perkongsian tersebut, orang ramai memuji sikap tuan rumah tersebut. Mereka berkata tindakan tuan rumah tidak mengambil sewa akan memurahkan lagi rezekinya, di samping dapat mengejar saham akhirat.

Ramai individu turut mendoakan agar rezeki tuan rumah tersebut dimurahkan. Ada juga yang berkata rezeki Datin tersebut tidak akan berkurangan kerana apabila dia membantu orang, pasti akan dibantu kembali oleh Allah SWT.

Sumber: Facebook

Ada juga yang berkata tuan rumah sedemikian hanya ada satu dalam sejuta orang. Pengguna Facebook, Yaya Rusli mendoakan kedua-dua Datin dan tuan rumahnya sendiri kerana dikatakan sama baik sifatnya.

Sumber: Facebook

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Dengan Tuan Rumah

Dalam pada itu, beberapa individu turut mengambil peluang berkongsi pengalaman manis dengan ‘tuan rumah dari syurga’ mereka.

Seorang individu memaklumkan bahawa dia pernah bertemu dengan tuan rumah sedemikian. Malah, dia turut diberi juadah berbuka dan wang tunai RM50. Sayangnya, tiada rezeki untuknya terus menyewa di rumah tersebut kerana ia telah dipecah masuk dua kali.

Sumber: Facebook

Seorang wanita pula berkata dia turut dipertemukan tuan rumah yang baik. Walaupun tuan rumahnya ketika itu beragama Kristian, tetapi dia tetap memberi potongan diskaun sewa menjelang hari raya dan Krismas.

Sumber: Facebook

Di samping itu, seorang individu yang turut menyewakan rumahnya berkata dia memberi 50% diskaun sewa ketika musim perayaan.

Sumber: Facebook

Walaupun begitu, ada juga individu yang kurang bernasib baik dan mendapat tuan rumah yang bersikap sebaliknya.

Seorang individu berkata walaupun dia tidak pernah terlepas bayar sewa, namun apabila dia hanya dapat membayar separuh sewa dan tidak membayar bil, tuan rumah terus memotong utiliti tanpa makluman.

Perkara ini menyebabkan dia sehingga perlu menadah air hujan.

Sumber: Facebook

Seorang lagi memaklumkan bahawa tuan rumahnya akan menaikkan sewa setiap tahun tetapi tidak membaiki kerosakan yang berlaku seperti kebocoran atap.

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd