Now Reading
[Video] Aksi Atok Beri Duit Raya Ikut Berat Badan Jadi Perhatian Netizen, Siap Ada Penimbang Di Sebelah!

[Video] Aksi Atok Beri Duit Raya Ikut Berat Badan Jadi Perhatian Netizen, Siap Ada Penimbang Di Sebelah!

Pemberian duit raya itu dinilai berdasarkan jumlah penurunan berat badan masing-masing mengikut rekod yang disimpan pada Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain saling bermaaf-maafan di pagi hari raya, pemberian duit raya daripada golongan dewasa kepada mereka yang masih muda adalah salah satu tradisi yang sering dilakukan dalam kalangan ahli keluarga.

Kebiasaannya, mereka yang sudah bekerja agak kurang peluangnya untuk menerima duit raya. Kalau ada yang memberi itu, memang bersyukur sangat.

Berbicara soal pemberian duit raya, ada sebuah keluarga ini yang menghulurkan duit raya dengan cara yang lain daripada yang lain.


Atok Bagi Duit Raya Ikut Berat Badan Pada Penimbang

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@naturecore.delima), tradisi pemberian duit raya oleh sebuah keluarga ini tampil dengan cara yang berbeza apabila ia dinilai berdasarkan berat badan.

Si atok siap letak penimbang pada sebelah kerusi untuk melihat sendiri berat badan setiap ahli keluarga.

Mesti korang terfikir macam mana pemberian duit raya diberikan berdasarkan berat badan kan?


‘Overweight’ Kalau Turun Pun Dapat, Yang ‘Underweight’ Naik Berat Pun Dapat

Difahamkan, atok mereka telah menyimpan rekod berat badan masing-masing sejak Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu dan memberikan tempoh satu tahun untuk menurunkan berat badan sehingga Syawal tahun ini.

Bagi mereka yang ‘underweight’ pula, makin banyak naik berat badan makin tinggi peluang untuk dapat duit raya yang banyak.

Sumber: TikTok (@naturecore.delima)

Katanya tak kisahlah berat badan berapa sekalipun, setiap orang akan mendapat duit raya. Tetapi mereka yang berjaya menurunkan berat badan dengan jumlah yang paling banyak, maka lebih tinggi ‘bonus’ yang diberikan.

Selepas dinilai oleh si atok, ‘pemenang’ tersebut adalah wanita yang berjaya menurukan berat badan sehingga 12 kilogram dan setiap satu kilogram berat badan yang berjaya diturunkan akan menerima RM25.

Jadi cuba korang kira, RM25 didarabkan dengan 12 kilogram. Jumlah keseluruhannya adalah RM300! Banyak tu! Kalau macam ini, barulah ada semangat nak kurus sebelum raya.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@naturecore.delima/video/7356088454809275666

Netizen Teruja Nak Cuba Ikut Teknik Sama

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihat teknik pemberian duit raya yang unik tersebut iaitu berdasarkan jumlah penurunan berat badan.

Katanya mereka pun akan menjadi lebih bermotivasi untuk menguruskan badan jika ada pemberian ‘bonus’ seperti yang dilakukan oleh keluarga ini.

“Kalau macam ini barulah semangat nak diet,” kata netizen.

Lebih menghiburkan, ada juga netizen yang siap gigih mengira jumlah penurunan berat badan mereka sendiri jika diberikan jumlah ‘bonus’ yang sama seperti mana yang diamalkan oleh keluarga pengguna TikTok berkenaan.

“Gigih aku kira 6 kilogram darab dengan RM25. Masyuk kalau bapa macam ni,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Panduan Pemberian Duit Raya Mengikut Kategori

Untuk korang yang pertama kali mahu memberikan duit raya pada tahun ini, jom kami kongsikan panduan tentang agihan duit raya yang bersesuaian mengikut umur:

  • Kanak-kanak sekolah rendah: RM2, RM5, RM10
  • Remaja sekolah menengah: RM10, RM15 sehingga RM20
  • Pelajar universiti: RM20, RM50 sehingga RM100
  • Isteri dan ahli keluarga: Mengikut kemampuan
  • Fakir miskin dan asnaf: Mengikut kemampuan

Semoga dengan pemberian duit raya yang diniatkan untuk bersedekah ini dapat melimpahkan lagi rezeki masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Memberi & Meminta Duit Raya, Boleh Jatuh Haram Rupanya!

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Tradisi Duit Raya Berkait Dengan Tradisi Pemberian Angpau Ketika Tahun Baru Cina?

Baca Artikel Berkaitan: Aidilfitri 2024: Ini 23 Kompilasi Sampul Duit Raya Dengan ‘Design’ Pelbagai. Minimalist Pun Ada!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd