Now Reading
Budak 12 Tahun Melecur Akibat Renjatan Elektrik Ketika Ambil Bola Dalam Bilik Janakuasa TNB

Budak 12 Tahun Melecur Akibat Renjatan Elektrik Ketika Ambil Bola Dalam Bilik Janakuasa TNB

Mangsa dikatakan telah tersentuh peralatan elektrik di dalam bilik janakuasa TNB hingga mengakibatkan 80% badannya melecur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (16 November), seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan telah melecur hampir keseluruhan badan iaitu sebanyak 80% disebabkan terkena renjatan elektrik.

Dalam insiden Khamis petang itu, mangsa iaitu Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi dikatakan telah memasuki bilik janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Kampung Bukit, Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk mengambil sebiji bola.


Mangsa Kena Renjatan Ketika Tersentuh Peralatan Elektrik

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru Mohamad Hirman Md Rodzi, pasukan anggota dari BBP Seri Balik Pulau bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 4.45 petang.

“Setiba di lokasi, seorang kanak-kanak didapati melecur hampir seluruh badan. Mangsa ditemukan orang awam dan dibawa ke tempat selamat sebelum pasukan bomba tiba.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menggunakan ambulans milik Angkatan Pertahanan Awam (APM),” jelasnya.

Tambah Mohamad Hirman, maklumat awal yang diterima mendapati Mohd Dawisy telah tersentuh perkakas elektrik di dalam bilik janakuasa sebelum terkena renjatan.

“Pihak bomba kemudian membuat ‘size up’ bagi memastikan kawasan tersebut tidak lagi merbahaya sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya,” kata Mohamad Hirman.

Susulan itu, jurucakap APM memaklumkan bahawa kanak-kanak terbabit kini sedang dirawat di Zon Merah sejurus tiba di HPP.

Sumber: Utusan Malaysia

TNB Sedang Siasat Kes Kanak-kanak Kena Renjatan Elektrik

Menerusi hantaran di laman Facebook TNB Careline, pihak TNB kini sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian percikan elektrik yang menimpa budak lelaki tersebut.

Cakna tentang kes tersebut, TNB dalam masa sama telah menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarganya dan berharap agar kanak-kanak itu dapat menerima rawatan yang terbaik dari hospital.

Dalam pada itu, TNB menasihatkan orang ramai untuk berhenti menyebarkan klip video insiden bagi menghormati mangsa serta keluarga.

“Kami ingin mengingatkan bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan berbahaya. Orang ramai perlu mengelak dari memasuki kawasan ini tanpa kebenaran,” kata syarikat itu.

Sumber: TNB Careline

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Melecur Hampir 95%, Proton Wira Dilapor Meletup & Terbakar Di Alor Setar, Kedah

Baca Artikel Berkaitan: Tong Gas Meletup Hingga Badan Bakal Pengantin Melecur & Sofa Tercampak Keluar

Baca Artikel Berkaitan: 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Banjir Di Kelantan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd