Now Reading
Tong Gas Meletup Hingga Badan Bakal Pengantin Melecur & Sofa Tercampak Keluar

Tong Gas Meletup Hingga Badan Bakal Pengantin Melecur & Sofa Tercampak Keluar

Sebuah kereta dan motosikal di ruang parkir rumah juga mengalami kerosakan selepas tong gas di dapur itu meletup secara tiba-tiba.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malang tidak berbau apabila seorang wanita dilaporkan melecur hampir seluruh badannya selepas tong gas petroleum cecair (LPG) yang sedang digunakan di dapur tiba-tiba meletup.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8:00 pagi semalam (13 Disember) di sebuah kediaman di Taman Sena Permai, Pulau Pinang itu berlaku ketika wanita tersebut mahu menggoreng ikan untuk sarapan pagi.

Memetik laporan Berita Harian, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8:13 pagi.

Sumber: Berita Harian

Letupan tersebut telah mengakibatkan rumah teres dua tingkat yang didiaminya musnah serta sebuah motosikal dan kereta yang berada di ruang parkir rumah juga mengalami kerosakan.

Dalam pada itu, anggota bomba kami yang telah bergegas ke lokasi kejadian telah melakukan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada letupan susulan berlaku.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan.
Sumber: Twitter/@redzuanNewsMPB

Siling Bumbung Terjatuh Dan Barang Terpelanting Keluar

Mangsa, Siti Hajar Hanis Muhamad berusia 26 dilaporkan mengalami kecederaan sebelum sempat dibawa keluar oleh jiran dan dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi menerima rawatan lanjut.

Wanita berkenaan difahamkan tinggal bersama adik lelakinya dan bakal melangsungkan perkahwinan bulan hadapan.

Sumber: Twitter/@redzuanNewsMPB

Ketika ditemui wartawan Kosmo, adik mangsa iaitu Muhammad Azib Muhamad berusia 25 tahun menceritakan detik ngeri ketika dia terlihat kakaknya disambar api.

Saya memang terkejut apabila siling dan bumbung rumah tiba-tiba hempap badan saya ketika letupan berlaku waktu saya sedang tidur di tingkat atas. Saya dengar kakak menjerit dan bila turun bawah, saya nampak keadaan seluruh badan kakak melecur teruk.

Adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad.

Tambahnya lagi, kesemua perkakas di dalam rumah mereka termasuklah perabot telah terpelanting keluar.

Sumber: Berita Harian

Sehingga kini, punca dan kos keraguan yang ditanggung oleh mangsa masih dalam siasatan.


Punca-punca Gas Boleh Meletup

Insiden letupan gas ini boleh berlaku atas beberapa faktor sekiranya kita tidak mengambil perhatian sepenuhnya.

Antara faktor yang boleh menyebabkan gas meletup adalah:

  • Tiada ruang pengudaraan dan disimpan di tempat tertutup.
  • Kebocoran paip gas.
  • Menggunakan getah paip yang lutsinar. Lebih baik jika anda menggunakan paip berwarna hitam supaya senang untuk kenalpasti sekiranya berlaku kebocoran.
  • Kepala gas longgar atau tidak rapat.

Jadi, rajin-rajinkanlah tengok tong gas di dapur rumah anda untuk semak sekiranya terdapat perkara yang meragukan.

BACA JUGA: Alat Masak ‘Steamboat’ Meletup, 4 Beranak Cedera Di Sabah

BACA JUGA: Bantal Tungku Moden Meletup. Wanita Ini Gesa Orang Ramai Berhenti Pakai & Buang. Bahaya!

BACA JUGA: 3 Mangsa Cedera Dalam Letupan Loji Petrokimia Di Pasir Gudang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd