Now Reading
Pulau Pinang Duduki Tangga Ke-11 Sebagai Lokasi Percutian Termurah Di Dunia

Pulau Pinang Duduki Tangga Ke-11 Sebagai Lokasi Percutian Termurah Di Dunia

Pulau Pinang dilihat menduduki tangga ke-11 di dunia dan keempat di Asia dengan kos percutian berjumlah RM443.93 (£74.57).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain dipenuhi dengan banyak bangunan bersejarah yang menjadi warisan, Pulau Pinang turut menjadi lokasi pilihan pelancong tempatan mahupun luar negara oleh kerana kepelbagaian jenis hidangan di sini.

Untuk korang yang suka ‘food hunting’, memang negeri ini adalah salah satu destinasinya. Macam-macam jenis makanan yang ada seperti Nasi Kandar, Laksa, Roti Canai, Cendol dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Mengidam Nasi Kandar? Ini 5 Kedai Di Pulau Pinang Yang Anda Patut Cuba

Sumber: Make A Gif

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan orang ramai gemar melancong ke Pulau Pinang adalah kerana kos yang murah dan berpatutan.


Pulau Pinang Tersenarai Sebagai Lokasi Ke-11 Di Dunia Dengan Kos Percutian Yang Murah

Sumber: Klook

Terbaharu, sebuah portal dari United Kingdom iaitu Post Office telah mengeluarkan satu laporan mengenai bajet percutian pada tahun 2024 yang menawarkan kos berpatutan dan murah kepada pelancong dari UK.

Kos ini dilihat selepas menilai semula matawang Pound Sterling (GBP) yang semakin kukuh di dalam ekonomi dunia.

Jambatan Pulau Pinang. (Sumber: Lexis Suite Penang)

Dalam laporan berkenaan, Pulau Pinang tersenarai di antara 15 buah negara di dunia yang mempunyai kos percutian yang murah mengikut penilaian Worldwide Holiday Costs Barometer.

Pulau Pinang dilihat menduduki tangga ke-11 di dunia dan keempat di Asia dengan kos berjumlah RM443.93 (£74.57).

Sumber: Siti Murni Azman/TRP

Negara pertama dalam senarai ini adalah Vietnam iaitu di Hoi Ann dengan jumlah kos hanya melibatkan RM304.75 (£51.18), kemudian diikuti pula dengan negara-negara lain seperti:

  • Afrika Selatan (Cape Town)
  • Kenya (Mombasa)
  • Jepun (Tokyo)
  • Portugal (Algarve)
  • Mesir (Sham el-Sheikh)
  • Bulgaria (Sunny Beach)
  • Bali (Kuta)
  • Turki (Mamaris)
  • Cyprus (Paphos)
Sumber: Post Office

Bagaimana Jumlah Kos Percutian Di Pulau Pinang Ditentukan?

Sebagai info, jumlah kos ini telah ditentukan oleh harga lapan barangan seperti berikut yang dibandingkan di 40 buah resort dan bandar seluruh dunia.

Antara harga barangan yang dinilai di Pulau Pinang adalah:

  • Secawan kopi: RM13.84 (GBP2.32)
  • Satu botol beer: RM20.22 (GBP 3.39)
  • Satu botol atau tin air minuman Coca-Cola atau Pepsi: RM10.14 (GBP1.70)
  • Segelas minuman wain: RM26.66 (GBP4.47)
  • 1.5 liter botol air mineral: RM1.49 (GBP0.25)
  • Krim pelindung matahari: RM50.65 (GBP8.49)
  • Penyembur penghalau serangga: RM19.68 (GBP3.30)
  • 3 hidangan untuk dua orang: RM302.19 (GBP50.65)

Apabila dikira jumlah keseluruhan, ia dianggarkan sekitar RM444.87 untuk bercuti ke Pulau Pinang, Malaysia.

Sumber: Post Office

Tempat Menarik Di Pulau Pinang

Selain itu, Ibu negeri Pulau Pinang iaitu George Town juga telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terbaik di Asia pada tahun 2021.

Sumber: Harian Metro

Kepada anda yang pertama kali melancong ke Pulau Pinang dan masih tak tahu nak berjalan ke mana, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa lokasi menarik yang anda boleh lawati. 

Antaranya:

  • Taman Tema ESCAPE
  • Entopia by Penang Butterfly Farm
  • Komtar Penang Skywalk
  • Wonderfood Museum Penang
  • Penang 3D Trick Art Museum
Sumber: Enjoy Travel

Walaupun Pulau Pinang hanya merupakan sebuah pulau, tetapi banyak destinasi menarik yang boleh dilawati. Memang best kalau dapat berjalan-jalan di sini dengan ahli keluarga atau rakan rapat.

Kalau nak lagi tenang, boleh menginap di hotel dengan pemandangan laut. Tenang sungguh!

Baca Artikel Berkaitan: 5 Hotel Tepi Pantai Yang Best Sekitar Pulau Pinang. Setiap Hari Tengok Laut!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd