Now Reading
5 Hotel Tepi Pantai Yang Best Sekitar Pulau Pinang. Setiap Hari Tengok Laut!

5 Hotel Tepi Pantai Yang Best Sekitar Pulau Pinang. Setiap Hari Tengok Laut!

Antara hotel di Pulau Pinang yang menyajikan pemandangan laut dari bilik adalah seperti Angsana Teluk Bahang dan Flamingo Hotel By The Beach.

hotel dengan pemandangan laut di pulau pinang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila ajak bercuti dalam Malaysia, Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menjadi pilihan orang ramai. Di sini, terdapat pelbagai lokasi menarik dan juga digelar ‘syurga makanan’ kepada para pelancong.

Siapa yang datang Pulau Pinang tapi tidak berpeluang untuk makan nasi kandar, memang rugi oi!

BACA JUGA: Mengidam Nasi Kandar? Ini 5 Kedai Di Pulau Pinang Yang Anda Patut Cuba

Tapi kepada anda yang bercadang untuk ke Pulau Pinang bagi menikmati keindahan pantai di sini, apa kata alang-alang itu anda menginap di hotel berhadapan dengan laut? Best juga kan bangun pagi-pagi nampak keindahan alam semula jadi.

Jom kami kongsikan kepada anda beberapa hotel di Pulau Pinang dengan pemandangan laut yang cukup indah. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Hard Rock Hotel

Sumber: Agoda

Selain di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Pulau Pinang juga mempunyai cawangan Hard Rock Hotel dengan pemandangan laut biru yang pastinya menyejukkan mata. Hard Rock terkenal dengan fesyen dan muzik berjiwa rock yang boleh dilihat secara ‘live’.

Di sini, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan seperti spa dan aktiviti untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Roxity Kids Club. Memang sesuai sangat kalau nak bawa ahli keluarga menginap di sini.

Sumber: Trip Advisor

Lokasi: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

2. Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa

Sumber: The Cutlery Chronicles

Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa menawarkan pelbagai jenis bilik kepada para tetamu mereka dengan pemandangan laut yang mendamaikan. Antara bilik yang menjadi pilihan pengunjung adalah Garden Wing Deluxe Seaview. Tak perlu bangun dari katil pun dah boleh nampak laut. Best sangat!

Menawarkan 304 jumlah bilik serta suite kepada para tetamu, bahagian dalaman hotel ini juga dihiasi dengan seni motif tradisional yang elegan serta mengambil inspirasi daripada tropika.

Sumber: Shangri-La Hotel

Lokasi: Batu Feringgi Main Road, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

3. Flamingo Hotel By The Beach

Sumber: Agoda

Terletak di Tanjung Bungah, hiasan dalaman hotel ini menggabungkan ciri-ciri tradisional dan moden yang memberikan anda pengalaman bersantai di Pulau Pinang yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Dengan 280 bilik tamu yang terdiri daripada deluxe sehingga suite, semuanya direka dengan mengutamakan keselesaan dan memberi ketenangan dengan melihat pemandangan laut di Pulau Pinang.

Sumber: Agoda

Lokasi: Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

4. Eastern and Oriental Hotel

Sumber: Agoda

Percaya atau tidak, Eastern and Oriental Hotel yang juga dikenali sebagai E&O Hotel merupakan salah satu lokasi penggambaran dalam filem Crazy Rich Asians yang dibintangi oleh Henry Golding.

Hiasan dalaman hotel ini lebih kepada gaya Barat pada zaman dahulu. Untuk pengetahuan anda juga, hotel ini telah terbina sejak 135 tahun lalu.

Sumber: JOM.MAKAN.LIFE

Lokasi: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

5. Angsana Teluk Bahang

Sumber: Agoda

Menawarkan persekitaran yang kontemporari dan meriah, Angsana Teluk Bahang menyediakan pelbagai jenis bilik sebanyak 236 ruang kepada para tetamu mereka. Lebih mengujakan lagi, anda dapat melihat sendiri pemandangan Laut Andaman yang menakjubkan dari bilik.

Kalau seminggu menginap di sini, tak terkejutlah kalau galeri dalam telefon bimbit penuh dengan gambar laut dan matahari terbenam.

Sumber: Trip Advisor

Lokasi: 11, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


Best juga sekali-sekala tukar angin tengok pemandang laut pula kan? Tenang je. Ajaklah rakan rapat atau ahli keluarga anda menginap di sini pula apabila melancong ke Pulau Pinang.

BACA JUGA: 5 Lokasi Menarik Untuk Staycation Di Sekitar KL & Selangor


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd