Now Reading
5 Lokasi Menarik Untuk Staycation Di Sekitar KL & Selangor

5 Lokasi Menarik Untuk Staycation Di Sekitar KL & Selangor

Kalau masih malas nak rentas negeri atau pergi jauh-jauh, dalam Kuala Lumpur dan Selangor pun banyak tempat menarik.

Nurfarahin Muhd Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kerajaan sudah beri kebenaran kepada rakyat melakukan perjalanan rentas negeri, ramai yang tidak sabar nak pergi bercuti.

Nak ‘balas dendam’ la kiranya sebab dah berbulan-bulan terperap dalam rumah je.

Tapi bila dah boleh pergi bercuti, kerja pula menimbun dekat pejabat. Nak cuti lama-lama pun tak boleh sangat.

Tak apa, kami ada jalan penyelesaian buat anda.

Apa kata hujung minggu ini anda pergi staycation? Anda banyak tempat best untuk staycation di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jangan risau, kami dah sediakan senarai tempat yang menarik untuk anda. Tinggal nak pilih dan buat tempahan sahaja.

1. Avenirhome: Star Wars Smart Home

Kredit: Instagram/avenirhome.my

Nak tahu tak kenapa kondominium 3 bilik ini digelar Star Wars?

Sebenarnya, hiasan rumah ini diinspirasikan daripada filem Star Wars yang mempunyai ciri-ciri futuristik.

Yang lagi best, kediaman ini turut dilengkapi sistem smart home tau.

Anda boleh kawal TV, penyaman udara, dan lampu menggunakan suara sahaja tau.

Kredit: Instagram/avenirhome.my

Dilengkapi dengan Smart Touch Switches dan “Alexa” Smart AI Assistant, pasti dapat memudahkan urusan anda ketika sedang staycation.

Memang sesuai dengan nama Avenir yang bermaksud masa hadapan.

Bukan itu sahaja, rumah ini juga sudah dilengkapi dengan WiFi dan juga Netflix.

  • Lokasi: Mid Valley, KL
  • Harga: RM250 untuk satu malam

2. Arte Mont Kiara Zetter Suites

Kredit: Agoda

Sekarang ini konsep ala-ala mewah memang tengah trending sebab nampak elegan dan ada ‘kelas’.

Kalau anda staycation di rumah ini, mesti terasa macam nak hias rumah sama seperti kediaman ini.

Kalau anda nak ambil gambar di kolam renang berlatarbelakangkan bangunan-bangunan di sekitar Kuala Lumpur pun boleh kerana kediaman ini mempunyai kolam renang yang sangat cantik.

Duplex suites ini boleh memuatkan empat orang dalam satu masa.

Jadi apa tunggu lagi, ajaklah rakan-rakan anda untuk staycation bersama.

  • Lokasi: Mont Kiara
  • Harga: RM280 untuk satu malam

3. Ginger 8 Duplex 1 @ Pinnacle, Petaling Jaya

Berkonsepkan moden dan selesa, kediaman ini boleh dikatakan sama seperti di dalam majalah IKEA yang anda selalu lihat.

Anda juga dapat menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas. Memang cantik lebih-lebih ketika waktu malam.

Walaupun kediaman ini tiada bilik, tetapi rumah studio ini boleh memuatkan enam orang dalam satu masa dan empat buah katil juga disediakan.

Nampak je macam kecil, tapi luas tau sebenarnya.

Duplex suite ini juga berdekatan dengan LRT, jadi kalau anda nak berjalan-jalan tetapi malas nak bawa kereta, boleh sahaja menggunakan pengangkutan awam tersebut.

  • Lokasi: Petaling Jaya
  • Harga: RM186 untuk satu malam

4. Arte+ @ Ampang

Kredit: Booking.com

Kondominium lima bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sememangnya menjadi tumpuan ramai.

Rumah ini dilengkapi dengan WiFi dan segala kemudahan seperti alatan memasak, mesin basuh baju, tuala dan sebagainya.

Kalau anda nak lepak luar rumah, anda boleh singgah ke Fantasy Floating Garden atau dikenali sebagai Avatar World di Level R.

Kredit: Booking.com

Selain itu, ada juga aktiviti rock climbing disediakan di kondominium mewah ini tau.

Kredit: Booking.com

Kolam renang mereka pun boleh tahan cantik ya.

Kredit: Booking.com
  • Lokasi: Jalan Ampang
  • Harga: RM170 untuk satu malam

5. Degreen Designer Home by DE Concept, Bukit Jalil

Kredit: atap.co

Kalau anda lebih sukakan kediaman yang bersifat eksklusif, rumah ini memang sesuai untuk anda.

Kondominium yang bertemakan warna kelabu sememangnya menyejukkan mata para tetamu.

Kredit: atap.co

Pemilik rumah ini juga memberi jaminan bahawa kediaman ini akan sentiasa diinfeksi setiap kali akan ada pengguna yang baharu.

Bukan setakat boleh berenang di kolam renang, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti bermain golf, bola sepak dan table tennis di tingkat enam.

Tapi kalau rasa nak berehat di rumah sahaja pun boleh kerana WiFi dan rancangan Netflix juga disediakan di rumah tersebut.

  • Lokasi: Bukit Jalil
  • Harga: RM168 untuk satu malam

Ada pelbagai tempat yang anda boleh staycation sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jom ajak ahli keluarga atau kawan-kawan anda untuk staycation minggu ni.

Boleh release tension sikit kan?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen + eighteen =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd