Now Reading
“Still Stuck Situ Jugak” – Pemandu Myvi Dikecam, Tak Bagi Laluan Pada Pemandu Lain Ketika Jammed

“Still Stuck Situ Jugak” – Pemandu Myvi Dikecam, Tak Bagi Laluan Pada Pemandu Lain Ketika Jammed

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Georgetown, Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kesesakan jalan raya sememangnya sesuatu perkara yang boleh menyebabkan pemandu berasa tertekan, apatah lagi apabila ‘rushing’ untuk sampai ke destinasi.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila sesetengah individu bertindak mementingkan diri sendiri dan tidak mahu bertoleransi dengan pemandu lain sewaktu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman X (@annazrulan) berkongsi video yang memaparkan kesesakan di satu jalan di Georgetown, Pulau Pinang.

Video tersebut merupakan rakaman ‘dashcam’ bahagian hadapan sebuah kenderaan yang ingin masuk ke jalan utama.


Myvi Terlanggar Belakang BMW

Menerusi video itu, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang merapatkan kenderaannya dengan kereta hadapan yang merupakan jenis BMW 3 Series.

Tidak lama kemudian, Myvi itu telah terlanggar BMW tersebut. Pemandu BMW bertindak keluar daripada kenderaannya, sebelum diikuti pemandu Myvi.

Aksi pemandu BMW tersebut seolah-olah mempersoalkan mengapa insiden itu boleh berlaku. Pemandu Myvi itu kemudiannya menunjuk ke arah kereta pemilik ‘dashcam’ berkenaan.

Beberapa pengguna laman X merasakan seperti pemandu Myvi itu ingin menyalahkan pemilik ‘dashcam’ tersebut.

“Eleh nak salahkan orang pula sebab nak masuk,” kata seorang pengguna.


Netizen Tak Setuju Dengan Tindakan Pemandu Myvi

Sehubungan dengan itu, beberapa individu berkata pemandu Myvi berkenaan sepatutnya lebih bertoleransi dalam keadaan sedemikian.

Mereka juga berpendapat jika tidak memberi laluan kepada satu kenderaan, ia tidaklah menjimatkan masa pemandu kerana masing-masing sedang terperangkap di dalam kesesakan yang sama.

“Ko dapat ke depan sikit pun masih dalam jam yang sama dengan aku. Bukannya lepas tu ko terus diteleportasi ke destinasi,” seloroh pengguna @khaiofdast.

Sumber: X

Di samping itu, seorang individu merasakan bahawa pemandu kenderaan di Lembah Klang lebih bertoleransi apabila berada di dalam kesesakan jalan raya berbanding mereka yang berada di kawasan lain.

Sumber: X

Kesalahan Langgar Belakang Kereta

Kalau kes langgar kereta dari belakang, selalunya mesti kereta yang melanggar yang bersalah kan? Tetapi sebenarnya ia tidak semestinya begitu.

Seksyen 22 Kanun Lebuhraya Malaysia menyatakan bahawa penunggang atau pemandu kenderaan yang berhemah hendaklah membenarkan sekurang-kurangnya jarak sebuah kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan bagi setiap 10km/j kelajuan.

Sebagai contoh, pada kelajuan 30km/j sepatutnya jarak ialah tiga (3) kenderaan antara kenderaannya dan kenderaan di hadapan.

Sekiranya penunggang atau pemandu kenderaan melanggar bahagian belakang atau tepi kenderaan di hadapannya, itu merupakan kesalahannya sendiri dan ini bermakna penunggang atau pemandu kenderaan tersebut mengikut terlalu dekat.

Walau bagaimanapun, jika merujuk pada artikel ASKLEGAL, polis trafik memaklumkan bahawa sebahagian besar kes kemalangan sebenarnya bukan salah kenderaan yang melanggar dari belakang semata-mata.

Sebagai contoh, ia boleh menjadi kesalahan pemandu di hadapan jika menukar lorong dengan cuai ketika memandu.

Namun dalam kes di atas, jelas bahawa kereta BMW tersebut tidak bersalah kerana memang sudah berada di lorong tersebut dan memandu dengan perlahan.


Kaedah ‘Zipper Merging’ Boleh Kurangkan Kesesakan

Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak diajar mengenai kaedah ‘zipper merging’ yang dapat memudahkan urusan ketika jalan raya sesak.

Menerusi kaedah ini, kenderaan akan masuk secara berselang-seli pada satu jalan raya. Namun begitu, ia hanya akan berjaya jika pemandu bersikap bertoleransi dan memahami antara satu sama lain.

Menurut Alberta Motor Association, kaedah ini bukan sahaja memaksimumkan penggunaan jalan raya, tetapi turut mengurangkan kesesakan sehingga 40%.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd