Now Reading
“Kenapa Tak Jammed?!” – Lelaki Pelik Pekan Lengang, Minta Orang Ramai Hidupkan Semula Suasana Raya

“Kenapa Tak Jammed?!” – Lelaki Pelik Pekan Lengang, Minta Orang Ramai Hidupkan Semula Suasana Raya

Seorang lelaki berasa pelik melihat suasana jalan raya sekitar pekan Batu Gajah, Ipoh yang tidak sesak ketika musim perayaan ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kesesakan trafik terutamanya di lebuh raya bukanlah satu fenomena asing lagi sekiranya tiba musim perayaan. Hal ini kerana, rata-rata kalangan masyarakat mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Memetik Berita Harian, kenderaan yang tidak berkesudahan telah membanjiri laluan Gua Musang-Kuala Krai untuk pulang ke Kelantan sempena Aidilfitri ini.

Walaupun ramai tidak menggemari keadaan sebegitu, namun mesti anda tidak akan sangka bahawa ada juga individu di luar sana yang suka dengan kesesakan trafik.

Katanya, baru ada ‘vibes’ raya.


Lelaki Pelik Jalan Raya Di Kampung Tak Sesak Seperti Yang Dijangka

Baru-baru ini tular satu hantaran di laman TikTok (@merahbirukuning2), apabila seorang lelaki tidak senang duduk melihat suasana jalan raya dipercayai sekitar pekan Batu Gajah, Ipoh.

Menerusi video perkongsian, kelihatan jalan raya lengang tanpa kenderaan yang banyak seolah-olah seperti hari biasa dan bukannya pada musim perayaan. Jelasnya, pekan itu sepatutnya sudah dipenuhi dengan ramai individu yang mahu pulang ke kampung.

Aku pelik ni, mana kereta semua? Tak jammed la weh, semua jalan lancar, apa ni? Orang kalau nak raya kan jammed melampau. Aku nak suasana yang macam tu.

Pemilik video.

Tak Kisah Hadap Jammed

Jelas lelaki tersebut, dia tidak kisah jika terpaksa berdepan dengan kesesakan trafik yang berjam-jam lamanya asalkan dapat merasai suasana Aidilfitri seperti tahun sebelum ini.

“Lagi satu suasana yang bini kita tiba-tiba jadi singa dalam kereta (marah sebab jammed), aku nak suasana macam itu. Tolong kasi jammed Batu Gajah,” tambahnya lagi.

@merahbirukuning2

dh jom balik jap lagi MCM2 penyakit dapat…🤭

♬ Laughing Funny – John Marindri

Netizen Terhibur Lihat Telatah Lelaki Minta Jammed Di Kampung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur mendengar luahan penduduk kampung tersebut.

“Jammed susah, tak jammed pun susah,” ujar seorang wanita.

Ramai di kalangan warganet meminta lelaki tersebut untuk singgah ke kawasan Pantai Timur untuk merasai sendiri kesesakan trafik yang diharapkan itu.

“Berani cuba balik Kelantan, bukan jammed lagi dah. Kira menetap rasanya,” jelas seorang lelaki.

Dalam masa sama, ada juga individu yang berkongsi keadaan semasa orang ramai yang sudah tiba di kampung halamannya.

“Dungun, Terengganu sini bukan setakat atas jalan je jammed. Dalam pasar dan kedai Eco-Shop, jammed dia tak boleh bawa bincang. Roller shutter tak habis buka lagi dalam tu dah rupa (tin) sardin (orang bersesak),” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@merahbirukuning2)

Perkara Anda Perlu Periksa Pada Kenderaan Sebelum Pulang Ke Kampung

Buat mereka yang akan menghadap jalan sesak untuk pulang ke kampung, terdapat beberapa perkara perlu diperiksa pada kenderaan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan anda mempunyai perjalanan jauh yang selamat. Berikut kami sediakan ‘checklist’ untuk anda semak:

Sumber: Pexels
  • Memastikan tekanan angin tayar mencukupi.
  • Mengisi minyak terlebih dahulu untuk jarak perjalanan yang jauh.
  • Memastikan air bateri pada kadar mencukupi.
  • Bunga tayar kereta haruslah berada dalam keadaan baik dan tidak ‘botak’.
  • Pedal brek tidak rosak dan bebas tanpa sebarang bunyi pelik.
  • Setiap lampu kereta harus berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kemalangan terutamanya pada waktu malam.
  • Periksa sama ada minyak hitam mencukupi selain memastikan tangki minyak hitam tidak bocor.

Buat mereka yang belum bergerak pulang ke kampung, kami mendoakan agar perjalanan anda dipermudahkan dan selamat.

Selamat Hari Raya semua!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Trafik Sesak 3 Jam Di Tapah, Pengguna Jalan Raya Lepak Luar Kereta. Santai Ya!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Remaja Di Terengganu Bagi Air Percuma Kepada Pemandu Dalam Kesesakan Trafik

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Nak Berhenti Kerja”- Netizen Luah Stres Hadap Trafik Sesak Setiap Hari Di KL & Selangor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd