Wanita Cetus Kekecohan Di Masjid Direman 4 Hari, Didakwa Ada Masalah Kesihatan Mental
Menerusi video yang tular, kelihatan wanita berkenaan telah datang ke masjid tersebut tanpa menutup aurat sebelum menimbulkan kekecohan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparakan seorang wanita yang bertindak memasuki Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi, Pulau Pinang dan melakukan provaksi terhadap jemaah.
Dalam hantaran video rakaman litar tertutup (CCTV) itu kelihatan wanita terbabit memasuki ruang solat lelaki sebelum bertanya soalan yang kurang sopan kepada jemaah.
Insiden itu difahamkan berlaku pada 12 Mac sekitar jam 10 malam.
Dakwa suara bilal dan imam kuat hingga ganggu kejiranan, bukan kali pertama berlaku
Menurut laporan Sinar Harian, wanita warga emas yang memasuki perkarangan masjid tanpa menutup aurat itu telah bertanya tentang suara bacaan bilal serta imam yang didakwanya kuat sehingga mengganggu kejiranan.
“Wanita itu datang sendirian ketika jemaah sedang melaksanakan solat sunat witir sebelum cuba mencetuskan kekecohan.
“Bukan kali pertama dia bertindak sedemikan, ini kali ketiga malah sebelum ini dua kali wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati menerusi kiriman surat namun begitu kami tidak membuat laporan polis berikutan difahamkan dia mempunyai masalah kesihatan mental.
“Bagaimanapun selepas video berhubung kejadian tular di media sosial kami terpaksa buat laporan bagi mengelakkan timbul isu lain termasuk kejadian sama berulang,” ujar Pengerusi Kariah Jamek Ar-Rahman, Ismail Din.
Walau bagaimanapun keluarga wanita berkenaan sewaktu dihubungi Ismail memaklumkan dia mengalami masalah kesihatan mental sebaik pulang dari London. Susulan itu, laporan polis kemudian dibuat untuk siasatan lanjut.
Kejadian di Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi kira-kira 10 malam, 12 Mac lalu.
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 17, 2024
Pihak masjid pada asalnya tidak membuat sebarang laporan polis kerana beranggapan wanita itu mungkin ada masalah mental.
Namun, pihak masjid mengubah pendirian dengan membuat laporan setelah… pic.twitter.com/MaLmlBi3UA
Wanita warga emas direman selama empat hari
Terbaharu, pihak polis memaklumkan wanita berkenaan telah ditahan reman selama empat hari bermula pada hari ini (18 Mac).
Jelas Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid wanita tersebut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
“Reman ke atas wanita tersebut dibenarkan selama empat hari, bermula hari ini.
“Wanita itu juga mungkin mempunyai masalah mental dan akan dirujuk kepada pakar psikiatrik,” jelasnya, dipetik Kosmo.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.