Now Reading
Pasangan Bangsa Cina Dari Kelantan Edar Makanan Percuma Untuk Berbuka Puasa Di Masjid Raih Pujian Netizen

Pasangan Bangsa Cina Dari Kelantan Edar Makanan Percuma Untuk Berbuka Puasa Di Masjid Raih Pujian Netizen

Bungkusan nasi yang ditempah dari kedai Melayu terkenal di Kota Bharu itu diagihkan oleh pasangan berbangsa Cina di di perkarangan Masjid Muhammadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan Ramadan yang diraikan oleh umat Islam selama satu bulan setiap tahun secara tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat bukan Muslim tentang kewajipan ini.

Sesetengah individu bukan beragama Islam telah dididik oleh ibu bapa mereka untuk menghormati golongan yang berpuasa dengan tidak makan atau minum di hadapan mereka yang berpuasa.

Malah, ada juga yang mengambil peluang ini untuk turut belajar berpuasa semasa waktu siang bersama masyarakat beragama Islam yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Bangsa Cina Teruja Dapat Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Muslim Di Dataran Putrajaya


Pasangan Bangsa Cina Sedekah Makanan Di Masjid Di Kelantan

Sikap bersatu padu antara kaum di Malaysia ini juga terserlah menerusi hantaran yang dimuat naik semalam (25 Mac) oleh seorang pengguna Facebook (Muhammad Rusydi).

Dalam hantaran tersebut, lelaki berkenaan menceritakan tentang tindakan murni melibatkan pasangan suami isteri berbangsa Cina di negeri Kelantan yang memberikan makanan kepada golongan beragama Islam untuk berbuka puasa.

Difahamkan mereka telah mengagihkan bungkusan nasi tersebut di perkarangan Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: Flickr

Tindakan pasangan ini telah menarik perhatian salah seorang jemaah masjid sebelum mula menghampiri mereka berdua dan bertanya nama pasangan tersebut.

Saya perhati dari jarak dua meter dari mereka. Penerima bungkusan tersebut beratur dalam satu saf. Ada muslim dan non muslim sekitar 20 orang. Tak ramai. Saya tanya nama mereka dan lelaki itu jawab ‘saya Chua’. Si wanita itu pula beritahu namanya Tan dalam loghat Kelantan yang sangat pekat.

Pengguna Facebook Muhammad Rusydi.

Nasi Ditempah Dari Kedai Melayu

Selepas berborak, rupa-rupanya pasangan ini hanya menjalankan amanah untuk mengagihkan makanan yang dibeli oleh bos mereka.

Katanya mereka seronok melihat masyarakat berbangsa Melayu berbuka puasa.

Kesemua bungkusan nasi itu difahamkan telah ditempah di kedai Melayu yang terkenal di daerah Kota Bharu.

Saya cuma agihkan je makanan dari bos. Satu plastik besar sudah dihantar kepada urus setia masjid. Lagi dua plastik saya urus sendiri. Kita suka tengok orang Melayu buka puasa.

Tan.

Oleh kerana sikap mulia mereka ini, lelaki berkenaan mengajak pasangan ini untuk bersama-sama iftar di masjid tetapi pelawaan itu ditolak kerana segan memakai pakaian yang tidak menutup aurat.


Netizen Puji Sikap Baik Hati Pasangan Bangsa Cina Ini

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respon positif dari orang ramai yang rata-ratanya memuji tindakan mulia oleh pasangan berbangsa Cina itu terhadap masyarakat beragama Islam.

Dalam pada itu, sesetengah netizen melihat sikap ini sebagai salah satu bukti di mana rakyat Malaysia masih bersatu padu dan berpendapat antara punca yang menyebabkan perbalahan sering berlaku adalah kerana isu politik.

“Kerana parti dan politik orang kita bermusuhan,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, netizen juga memberi nasihat agar seluruh masyarakat menjaga tutur kata dan percakapan terutamanya apabila membahaskan mengenai isu perkauman untuk menjaga hati antara satu sama lain.

Sumber: Facebook Muhammad Rusydi

Semoga kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu antara satu sama lain walaupun berbeza agama, budaya dan bangsa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terharu Jiran Bangsa Cina Gigih Tanam Pokok Limau Lepas Tahu Orang Melayu Guna Untuk Masak Sambal

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd