Now Reading
[Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’

[Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’

Jiran berbangsa Cina tersebut tidak dapat jemput rakannya yang berbangsa Melayu oleh kerana hidangan tidak halal yang disajikan pada sambutan hari lahir di rumahnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Ada jiran yang baik pun, rezeki juga kan?”

Begitulah kata-kata yang terungkap apabila baru-baru ini seorang wanita menceritakan bahawa keluarga jirannya yang berbangsa Cina telah melakukan sesuatu perkara yang membuatkannya terharu.

Jiran berbangsa Cina tersebut dikatakan telah membelikan set hidangan daripada KFC untuk dijamu olehnya gara-gara tidak dapat menjemput mereka bertandang ke rumah bagi meraikan sambutan hari lahir.

Perkara tersebut berlaku kerana dia mengambil kira tentang hidangan tidak halal yang bakal disajikan di rumahnya pada sambutan itu.

Akui terkejut dan terharu dengan tindakan jiran berbangsa Cina itu, seorang pengguna TikTok (Eikin Hanipah) telah memuat naik video pendek menerusi akaun miliknya dan kini berjaya meraih lebih 2.2 juta tontonan.

@eikinhanipah It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai ♬ Эта любовь – Amirchik

Oleh kerana terlampau terharu dengan perbuatan jirannya itu, Eikin juga menulis di ruangan kapsyen video bahawa dia akan ‘belanja’ mihun goreng kesukaan isteri jirannya itu.

Perkongsian ini tidak terlepas untuk mendapat pujian daripada orang ramai menerusi media sosial. Menjengah di ruangan komen, kami mendapati video berkenaan dibanjiri dengan kata-kata positif!

Ini barulah Keluarga Malaysia!

Jiran Yang Baik, Apa Ertinya?

Untuk pengetahuan umum, jiran yang baik selalunya mempunyai prinsip moral tinggi dan menghormati orang lain yang tinggal dalam kalangan masyarakat.

Jiran yang baik juga akan cuba bersikap mesra, sedia dan mudah didekati untuk mengelakkan perselisihan faham atau membantu menghalang sesuatu isu daripada bertukar menjadi konflik yang serius.

Sesungguhnya, jiran yang benar-benar hebat adalah sukar untuk dicari kerana semua kejiranan mempunyai keperibadian mereka tersendiri.

Walau bagaimanapun, kadangkala keadaan boleh menjadi kacau bilau dan menjadi ‘panas’ gara-gara pandangan yang berbeza, salah tafsir tentang sesuatu yang dikatakan atau hanya kerana anda mengalami hari yang tidak baik.

Oleh itu, kita disarankan untuk saling menghormati di antara satu sama lain tidak kiralah bangsa apa sekalipun. Masing-masing hidup berjiran, tolak-ansur itu adalah PENTING.

BACA JUGA: [Video] Jiran Sanggup Redah Air Banjir Demi Selamatkan Wanita Bersalin & Bayinya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd