Now Reading
“Sakit Jantung Aku” – Lelaki Terkejut, Tertipu Dengan Pasir Bentuk Buaya Di Pantai

“Sakit Jantung Aku” – Lelaki Terkejut, Tertipu Dengan Pasir Bentuk Buaya Di Pantai

Seorang lelaki dikenali sebagai Muizz berkata dia lemah semangat dan terkejut melihat kewujudan pasir berbentuk buaya ketika berkunjung di Pantai Senok, Bachok di Kelantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, pantai merupakan destinasi utama untuk seseorang menghabiskan masa terluang bersama keluarga atau mencari ketenangan. Bak kata orang zaman sekarang untuk ‘healing’.

Kebiasaannya, para pengunjung akan berkelah, mandi-manda dan bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah.

Namun, situasi berbeza buat seorang lelaki apabila dia dikejutkan dengan bentuk pasir di pantai tersebut.


Lelaki Jumpa Pasir Bentuk Buaya Di Pantai

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@muizzkhiddir), seorang lelaki dikenali sebagai Muizz sedang menunjukkan suasana sekitar Pantai Senok di Bachok Kelantan.

Pada awalnya, persekitaran pantai tersebut kelihatan sangat tenang tanpa sebarang pengunjung. Bahkan, kelihatan juga seekor kucing berjalan-jalan di kawasan sama.

Namun sebaik Muizz mengalihkan kameranya, jelas kelihatan sebuah objek dipercayai replika pasir berbentuk buaya. Bukan istana pasir, tetapi pasir Sang Bedal!

Jelas lelaki itu, dia yang datang bersama isterinya tidak menyedari kewujudan pasir tersebut sehinggalah dia duduk di sebelahnya.

Sumber: TikTok (@muizzkhiddir)

Pengunjung Lemah Semangat Lihat Replika Pasir Sang Bedal

Di ruangan komen, Muizz berkata penampakan pasir ibarat buaya sebenar tersebut telah membuatkan dirinya berasa lemah semangat buat seketika. Malah dia secara berseloroh mengakui terjerit sebaik melihat ‘buaya’ tersebut.

Pertama kali pergi Pantai Senok di Kelantan, aku diuji sebegini. Sakit jantung aku.

Muizz.

Apa yang mengundang perhatian orang ramai adalah replika buaya berkenaan dibina secara terperinci di mana siput berwarna putih digunakan sebagai gigi.

@muizzkhiddir jalan2 dengan bini. xperasan haiwan ni. tahu2 dekat sebelah dah. nayo kawe 🤣. biso orey kelate 🙇‍♂️ #kelantan #raya2024 #fyp #fypシ #trending ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Netizen Terhibur Dengan Idea Kreatif Pihak Yang Bina Pasir Buaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat seni ‘berat’ pengunjung yang telah membentuk pasir berkenaan.

“Berseni g*la tangan orang yang buat ni (pasir bentuk buaya),” kata seorang individu.

Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan pengunjung yang mempunyai masalah penglihatan pasti akan menganggap pasir itu adalah buaya hidup.

“Ni kalau makcik atau pakcik yang rabun tengok, mesti panggil bomba. Pak bomba pun datang sekali tengok,” ujar seorang wanita.

Malah ada yang berkata mereka akan ‘cabut’ lari sekiranya terserempak dengan pasir itu.

“Siapa yang buat ni! Kalau aku, mahu dah berlari,” jelas seorang pengguna laman TikTok.

Sumber: TikTok (@muizzkhiddir)

Buaya 500KG Ditangkap Di Pantai Siring, Merlimau

Mungkin perasaan terkejut yang dilalui oleh Muizz sememangnya boleh difahami memandangkan sebelum ini banyak kes penemuan buaya berlaku sekitar pantai di negara ini.

Seperti semalam (17 April), sekumpulan nelayan telah berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat lebih 500 kilogram di Pantai Siring, Merlimau, Melaka.

Sumber: Facebook Umpan Hidup Pantai Siring

Difahamkan, buaya sepanjang lima meter tersebut telah diikat menggunakan tali di pesisir pantai sementara menunggu tindakan lanjut daripada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Seronok, seronok juga tetapi buat mereka yang akan mengunjungi mana-mana pantai, anda dinasihatkan untuk sentiasa cakna dengan keadaan sekeliling.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Buaya Dilihat Di Sungai Sekitar Subang Jaya, Netizen Luah Rasa Bimbang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kelibat Buaya Muncul Sekitar Jeti Puteri Harbour, Johor. Penduduk Luah Rasa Bimbang

Baca Artikel Berkaitan: TMJ Kongsi Video Jumpa Buaya Dalam Lautan Ketika Berenang Depan Istana Bersama Keluarga


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd