Now Reading
[Video] Buaya Dilihat Di Sungai Sekitar Subang Jaya, Netizen Luah Rasa Bimbang

[Video] Buaya Dilihat Di Sungai Sekitar Subang Jaya, Netizen Luah Rasa Bimbang

2 ekor buaya itu dilihat tidak bergerak dan berada di dalam sungai dipercayai berhampiran lokasi kilang perindustrian di Subang Jaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak kiralah di mana sahaja, kelibat haiwan liar pastinya menggerunkan orang ramai lebih-lebih lagi apabila dilihat di kawasan yang tidak sepatutnya.

Sebelum ini, beberapa pengunjung sekitar Puteri Harbour di Iskandar Puteri, Johor dikejutkan dengan kemunculan seekor buaya di kawasan tempat parkir bot sebelum perkara berkenaan dilaporkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Sebelum ini juga, kelibat buaya pernah dilihat sendiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim apabila haiwan berkenaan dipercayai sedang berenang di lautan berhadapan dengan Istana Mersing di Johor, satu jam selepas baginda sekeluarga bermandi di kawasan itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kelibat Buaya Muncul Sekitar Jeti Puteri Harbour, Johor. Penduduk Luah Rasa Bimbang

Baca Artikel Berkaitan: TMJ Kongsi Video Jumpa Buaya Dalam Lautan Ketika Berenang Depan Istana Bersama Keluarga


Kelibat Buaya Di Subang Jaya Pula

Menerusi video dimuat naik di laman Facebook Discover Subang Jaya, satu rakaman dari netizen menunjukkan kelibat dua ekor buaya yang besar berada di dalam sungai dipercayai di belakang kilang USJ1, Subang Jaya.

Dua ekor haiwan reptilia itu dilihat tidak bergerak dan separuh badannya tenggelam di dalam air sungai.


Netizen Luah Rasa Bimbang Lihat Kelibat Buaya Dalam Sungai Di Subang Jaya

Rata-rata netizen di ruangan komen video tersebut meluahkan rasa bimbang melihat keberadaan haiwan liar berkenaan di kawasan tidak sepatutnya lebih-lebih lagi di lokasi perindustrian berhampiran kilang.

Ada juga netizen yang meminta penduduk di kawasan berkenaan membuat laporan kepada pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) agar pihak tersebut dapat memaklumkan tentang kewujudan reptilia itu kepada pekerja kilang di lokasi berhampiran.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen mendakwa kelibat buaya semakin kerap dilihat di kawasan itu sejak berlakunya banjir buruk pada tahun 2021 di Selangor.

Walau bagaimanapun sehingga kini, tiada maklumat terbaharu sama ada buaya berkenaa masih di kawasan sama atau sudah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sumber: Facebook

Apa Perlu Buat Jika Ternampak Haiwan Liar Berkeliaran Di Kawasan Awam?

Keberadaan haiwan liar seperti ular, harimau, babi hutan, kera dan sebagainya di kawasan orang awam boleh memberi risiko keselamatan kepada masyarakat.

Jadi jika anda terjumpa haiwan berkenaan di kawasan awam, segera hubungi pihak berkuasa berikut untuk membuat laporan. Antaranya:

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Maut Disambar Buaya Sempat Tolak Ibu Jauh Darinya Untuk Elak Dibaham

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Biawak” – Wanita Warga Emas Terkejut Digigit Anak Buaya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd