TMJ Kongsi Video Jumpa Buaya Dalam Lautan Ketika Berenang Depan Istana Bersama Keluarga
Kelibat buaya itu dilihat satu jam selepas Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berenang di lautan berhampiran Istana Flinstone, Mersing, Johor.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila ternampak haiwan reptilia tak kisahlah di dalam laut atau daratan, mesti semua akan lari lintang-pukang kerana risau dicederakan.
Bahaya ya kalau anda masih berada di kawasan yang sama dengan reptilia tersebut kerana pernah ada kes di mana seorang wanita telah dibaham oleh seekor buaya ketika sedang memancing di tebing sungai.
Lebih menyayat hati, mangsa tidak dapat diselamatkan dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
BACA JUGA: Wanita Maut Disambar Buaya Sempat Tolak Ibu Jauh Darinya Untuk Elak Dibaham
BACA JUGA: Penampakan Buaya Di Dalam Longkang Kawasan Perumahan Di Kuantan Buat Ramai Cuak [Video]
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) Terkejut Nampak Buaya Dalam Lautan Sama Direnangi Bersama Anak-anak
Menerusi ciapan dimuat naik oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di laman Twitter miliknya (@HRHJohorII), baginda turut berkongsi kisah apabila dia terjumpa dengan seekor buaya ketika sedang berenang di lautan.
Difahamkan, lokasi itu berada di hadapan Istana Flinstone, Mersing, Johor.
Menurut TMJ, kelibat reptilia itu dijumpai sedang berenang di dalam lautan sekitar mereka satu jam selepas baginda sekeluarga berenang di kawasan berkenaan.
Went for a swim in front of the house. An hour later a friend swam by. pic.twitter.com/i3D9zX69sa
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 8, 2023
Netizen Beri Pelbagi Reaksi Selepas Lihat Kelibat Buaya Dalam Video TMJ
Macam-macam reaksi yang diberikan oleh netizen selepas melihat video berdurasi 26 saat yang memaparkan kelibat buaya itu.
Ada yang bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku kepada baginda sekeluarga ketika mereka sedang berenang di lautan yang sama.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang sempat membuat gurauan kononnya buaya itu hanya mahu ‘singgah’ sebentar di lautan berkenaan.




Pihak Perhilitan Johor Bakal Siasat Penemuan Buaya Berhampiran Istana
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor iaitu Aminuddin Jamin memaklumkan pihak mereka akan menyiasat dengan lebih lanjut tentang penemuan buaya itu di kawasan terbabit.
Buaya biasanya akan bergerak dari suatu muara sungai dan masuk ke muara sungai lain melalui pesisir pantai. Kita akan siasat lebih lanjut berkaitan penemuan berkenaan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor, Aminuddin Jamin.
BACA JUGA: Projek Forest City Johor Bukan Projek Gagal – TMJ
BACA JUGA: RM37 Juta Bakal Jadi Milik JDT Sebagai Pelaburan Dalam Tempoh 3 Tahun
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.