Now Reading
RM37 Juta Bakal Jadi Milik JDT Sebagai Pelaburan Dalam Tempoh 3 Tahun

RM37 Juta Bakal Jadi Milik JDT Sebagai Pelaburan Dalam Tempoh 3 Tahun

TMJ menegaskan bahawa pelaburan kepada Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)
ini tidak boleh didedahkan secara terperinci lagi kerana masih dalam proses perbincangan.

JDT terima pelaburan RM37 juta untuk tempoh 3 tahun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah pasukan ini juga telah mendapat perhatian di luar negara.

Baru-baru ini, pemiliki JDT iaitu Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) membuat pengumuman bahawa kelab tersebut bakal menerima pelaburan bernilai 8 juta Euro bersamaan dengan RM37.24 juta.

Pelaburan yang bakal diterima dalam tempoh tiga tahun membabitkan syarikat luar negara menunjukkan pengiktirafan pihak luar kepada JDT dan Johor.

Menerusi laporan media, TMJ menegaskan bahawa pengumuman tentang pelaburan ini tidak boleh didedahkan secara terperinci lagi kerana masih dalam proses perbincangan.

Berkenaan nilai komersial JDT pula, kelab ini menunjukkan peningkatan dari segi jumlah penajaan dan sedang menunggu kerta kerja daripada kerajaan untuk memberikan kelulusan kerana ianya melibatkan syarikat luar negara.

Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).
Sumber: Pinterest

Pada masa yang sama, JDT juga berkolaborasi dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan menyambung kontrak bersama syarikat sukan terkemuka dunia iaitu Nike.

Difahamkan, Nike turut menjemput JDT ke ibu pejabat mereka di Amerika Syarikat bagi menandatangani kontrak lanjutan.

Antara jenama lain yang juga berkolaborasi dengan JDT adalah HUBLOT, SWAG Electric Vehicle dan Subway.

BACA JUGA: TMJ Kekal Sebagai Pemilik JDT, Akan Terus Pantau Kelab


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd