Now Reading
Perkhidmatan TikTok Shop Indonesia Bakal Buat ‘Comeback’ Pada Tahun Depan

Perkhidmatan TikTok Shop Indonesia Bakal Buat ‘Comeback’ Pada Tahun Depan

Menerusi pelaburan sebanyak AS$1.5 bilion (RM7.02 bilion), TikTok Shop akan digabungkan dengan laman Tokopedia dan GoTo bagi membolehkan penyambungan semula perkhidmatan beli-belah atas talian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perniagaan e-dagang telah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat di mana segelintir daripada mereka lebih suka membeli belah atas talian daripada pergi ke kedai fizikal.

Hal ini kerana, sesetengah platform e-dagang selalu menawarkan potongan harga yang banyak kepada para pelanggan setia.

Malah dengan zaman teknologi yang semakin canggih, penggunaan media sosial untuk membeli-belah barang keperluan adalah lebih menjimatkan masa si pembeli.


TikTok Shop Di Indonesia Bakal Operasi Semula

Baru-baru ini, syarikat aplikasi video pendek dari China, TikTok mengumumkan pelaburan sebanyak AS$1.5 bilion (RM7.02 bilion) kepada kumpulan firma teknologi terbesar Indonesia iaitu GoTo.

Kedua-dua syarikat itu telah memeterai perjanjian yang membolehkan penyambungan semula perkhidmatan beli-belah atas talian, TikTok Shop di negara jiran tersebut.

Di bawah perjanjian berkenaan, TikTok Shop akan digabungkan dengan laman Tokopedia dan GoTo selain mempunyai kepentingan untuk mengawal firma berkenaan.

“TikTok komited untuk melabur lebih AS$1.5 bilion dalam syarikat ini dari semasa ke semasa bagi menyediakan dana yang diperlukan pada masa hadapan.

“TikTok, Tokopedia dan GoTo akan mengubah sektor e-dagang Indonesia serta mewujudkan berjuta-juta peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata syarikat GoTo.


Perjanjian Antara 2 Syarikat Akan Dimuktamadkan Tahun Depan

Sementara itu, GoTo menjelaskan bahawa perjanjian menerusi perkongsian strategik tersebut bakal dimuktamadkan pada tahun 2024.

Terdahulu, kerajaan Indonesia telah mengumumkan pemansuhan penggunaan TikTok Shop.

Menerusi peraturan yang dijelaskan, pihak mereka hanya membenarkan platform e-dagang tersebut digunakan bagi tujuan mempromosikan barangan serta perkhidmatan sahaja dan bukannya untuk aktiviti menjual-beli secara langsung.

Pemansuhan penggunaan TikTok Shop ini dibuat setelah Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan membuat semakan tentang Ketentuan Perlesenan Perniagaan, Periklanan, Pengembangan dan Pengawasan Pelaku Perniagaan dalam Perdagangan Melalui Sistem Elektronik.

Antara punca yang mendorong kepada keputusan itu adalah bagi melindungi data peribadi pengguna serta mewujudkan perniagaan adil bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sumber: Liputan 6

Baca Artikel Berkaitan: Indonesia Umum Hapuskan TikTok Shop. Ini 4 Sebab Yang Ramai Tak Tahu


Peniaga Kecewa TikTok Shop Indonesia Dihentikan

Sebelum ini, para peniaga telah meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila TikTok Shop tidak boleh lagi diakses secara rasmi 4 Oktober lalu.

Menerusi kompilasi klip video yang tular, rata-rata daripada mereka telah mengalirkan air mata semasa sesi ‘live’ jualan produk terakhir.

Dalam kesempatan itu, para pengusaha yang giat menjalankan perniagaan menerusi aplikasi berkenaan sejak beberapa tahun lalu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan kerana telah banyak menyokong semasa operasi jual beli berlangsung.

Sumber: TikTok (@orinagista13)

Alhamdulillah selepas ini, peniaga-peniaga tersebut dapatlah teruskan semula operasi bisnes yang sudah lama mereka usahakan itu.

Kerajaan Indonesia siap tawarkan berjuta-juta peluang pekerjaan baru!


Kebaikan Platform e-Dagang Untuk Bisnes

Buat mereka yang akan memulakan sesuatu perniagaan tidak lama lagi, di sini kami kongsikan beberapa kebaikan sekiranya anda menggunakan platform e-dagang.

  • Proses pembelian yang lebih pantas.
  • Memudahkan penyenaraian produk yang ada.
  • Mengurangkan kos operasi daripada terpaksa membayar sewa lot kedai fizikal.
  • Mempunyai kos pengiklanan dan pemasaran yang berpatutan.
  • Memberi fleksibiliti kepada pelanggan kerana platform e-dagang boleh diakses sepanjang tempoh 24 jam.
  • Memudahkan perbandingan produk dan harga.
  • Penawaran mod pembayaran yang pelbagai.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Sewa Kedai Tak Mampu” – Peniaga Indonesia Kecewa Bisnes TikTok Shop Dihentikan

Baca Artikel Berkaitan: Here’s How TikTok Shop Is Helping Emerging Entrepreneurs


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd