Now Reading
Indonesia Umum Hapuskan TikTok Shop. Ini 4 Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Indonesia Umum Hapuskan TikTok Shop. Ini 4 Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan berkata salah satu punca TikTok Shop dilarang di Indonesia adalah bagi melindungi data peribadi pengguna.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perniagaan e-dagang sudah menjadi medium yang terkenal dalam kalangan masyarakat untuk menjual barangan lebih-lebih lagi melalui platform TikTok Shop.

Bukan sahaja di Malaysia, malah banyak lagi negara Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan Vietnam.

Pembelian melalui TikTok Shop sememangnya digemari orang ramai kerana potongan harga yang tinggi berbanding di platform lain.


Indonesia Bakal Memansuhkan Platform TikTok Shop Buat Peniaga

Baru-baru ini heboh tentang larangan penggunaan aplikasi terkenal iaitu TikTok Shop oleh kerajaan Indonesia di negara tersebut.

Pemansuhan ini diumumkan oleh Presiden Joko Widodo di Istana Kepresidenan, Jakarta pada Isnin (25 September).

Menerusi peraturan baru yang dijelaskan, pihak kerajaan hanya membenarkan platform e-dagang tersebut digunakan bagi tujuan mempromosikan barangan serta perkhidmatan sahaja dan bukannya untuk aktiviti menjual-beli secara langsung.

Pemansuhan penggunaan TikTok Shop ini dibuat setelah Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan membuat semakan tentang Ketentuan Perlesenan Perniagaan, Periklanan, Pengembangan dan Pengawasan Pelaku Perniagaan dalam Perdagangan Melalui Sistem Elektronik.

Tambah Zulkifli, kerajaan memberikan kelonggaran kepada semua penjual untuk menghentikan penjualan TikTok Shop bermula minggu hadapan.


Ini Sebab Kerajaan Indonesia Melarang Penggunaan TikTok Shop

Di sini kami kongsikan beberapa info tentang mengapa kerajaan Indonesia mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan TikTok Shop di negara berkenaan. Antaranya:

1. Lindungi Data Peribadi

Kerajaan mengambil berat tentang data pengguna yang boleh diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, langkah ini diambil bagi melindungi data peribadi pengguna dengan mengasingkan platform media sosial dan e-dagang.

2. Persaingan Perniagaan Yang Adil

Menurut Zulkifli, langkah ini juga bertujuan bagi mengekalkan pesaingan yang adil antara peniaga luar dan dalam talian.

Sejak kemunculan TikTok Shop, platform ini dikatakan telah mengganggu perniagaan yang dijalankan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

3. Kawal Selia Barangan Import

Tambahan pula, kerajaan akan turut mengawal selia barangan import yang dibenarkan jual di dalam negara iaitu dengan mengenakan caj transaksi import minimum sebanyak AS$100 (kira-kira RM468.80).

Untuk makluman, kawalan barangan import ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada TikTok Shop malah platform e-dagang Indonesia yang lain seperti perniagaan teknologi tempatan GoTo dan Tokopedia serta syarikat besar iaitu Shopee dan Lazada.


TikTok Kesal Dengan Keputusan Diambil Oleh Kerajaan Indonesia

Menurut sumber AP News, aplikasi TikTok pada Khamis (28 September) meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan kerajaan bagi mengharamkan transaksi e-dagang melalui platform TikTok Shop dalam kalangan rakyat Indonesia.

Walaupun langkah ini berkemungkinan memberi kesan buruk terhadap hampir enam juta penjual, namun TikTok dalam masa yang sama menghormati undang-undang dikuatkuasakan dalam negara tersebut.

Sumber: Liputan 6

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan RM57.73 Juta Kerugian Penipuan E-Dagang Tahun Ini

Baca Artikel Berkaitan: TikTok Shop Bakal Muncul Buat Peniaga Tempatan. Siap Tawar Penghantaran Percuma!

Baca Artikel Berkaitan: Here’s How TikTok Shop Is Helping Emerging Entrepreneurs

Sumber: CNN Indonesia | The Patriots | AP News


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd