TikTok Shop Bakal Muncul Buat Peniaga Tempatan. Siap Tawar Penghantaran Percuma!
Sebuah ikon khas akan ditambah pada halaman profil pengguna sekiranya mempunyai TikTok Shop, dan yang lain boleh menyemak produk yang ditawarkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
TikTok kini memperluaskan lagi ciri kepada pengguna Malaysia di mana pihak mereka dilihat sudah mula mengumpulkan pendaftaran penjual tempatan dalam usaha memperkenalkan ciri baharu iaitu TikTok Shop.
Sama seperti kebanyakan platform e-Dagang lain, penjual akan mempunyai pilihan untuk menjual barangan mereka sendiri atau melalui rakan kongsi TikTok dan turut menawarkan penghantaran percuma.
Pembeli juga akan mempunyai beberapa pilihan pembayaran termasuk tunai semasa penghantaran (Cash On Delivery).
Walaupun landskap platform e-Dagang kelihatan sudah stabil pada ketika ini, TikTok mempunyai kelebihan di mana platform ini sudahpun memiliki sejumlah pengguna setia.
Menurut Amanz, penjual akan diberikan ikon khas pada halaman profil pengguna sekiranya mempunyai TikTok Shop, dan yang lain boleh menyemak produk ditawarkan dengan mudah melalui halaman tab berkenaan.
Kedai TikTok telah terbukti di negara lain. Di rantau ini, ia sudah tersedia di Indonesia.
TikTok Shop dijangka akan dilancarkan di Malaysia tahun ini.
Anda boleh mendaftar jika berminat untuk menjadi penjual di TikTok Shop di sini.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



