Now Reading
PDRM Sahkan RM57.73 Juta Kerugian Penipuan E-Dagang Tahun Ini

PDRM Sahkan RM57.73 Juta Kerugian Penipuan E-Dagang Tahun Ini

ASP Mohd Sa’adon percaya terdapat juga kes yang tidak dilaporkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sehingga 31 Oktober tahun ini, PDRM telah mendapat sebanyak 8,162 kes penipuan e-dagang yang berjumlah RM57.73 juta kerugian.

Menurut Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Sa’adon Sabirin, hanya terdapat 3,318 kes membabitkan kerugian RM22.39 juta dilaporkan pada 2018.

Jumlah itu menunjukkan bahawa penipuan e-dagang telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak itu.

Beliau berkata, jumlah kerugian yang dialami mangsa penipuan sejak 2018 hingga Oktober tahun ini berjumlah RM149 juta.

Keadaan bertambah buruk pada 2020 apabila pandemik Covid-19 melanda, di mana 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan apabila lebih ramai orang mula membuat pembelian dalam talian.

Pegawai Penyiasat JSJK, ASP Mohd Sa’adon Sabirin.

Semasa sesi webinar mengenai penipuan e-dagang anjuran Bank Negara Malaysia pada 10 November, Mohd Sa’adon berkata bahawa statistik itu terdiri daripada mereka yang ditipu dan melaporkan jenayah itu.

Beliau percaya terdapat lebih banyak kes yang tidak dilaporkan dan menggesa mangsa membuat laporan polis. Maklumat dan data berkaitan penipuan ini akan digunakan oleh PDRM untuk mengambil tindakan selanjutnya.

(Kredit: Kindel Media/Pexels)

Maklumat seperti nombor telefon dan akaun bank yang diterima daripada mangsa penipuan akan dikemas kini dalam aplikasi “Semak Mule“, yang boleh membantu orang ramai untuk menyemak maklumat penjual sebelum membuat transaksi.

Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang, Sazuree Shuib menasihatkan peniaga untuk mendaftarkan perniagaan mereka di bawah platform SSM BizTrust – yang diwujudkan untuk melindungi pengguna dan membantu membanteras penipuan e-dagang.

Menurut Sazuree Shuib, sebanyak 625,000 perniagaan telah mendaftar di bawah platform SSM BizTrust dengan hanya 43,000 yang masih aktif.

Promosi pendaftaran percuma daripada SSM BizTrust kini sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2021 untuk perniagaan yang melakukan dagangan atas talian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd