Now Reading
“Nak Sewa Kedai Tak Mampu” – Peniaga Indonesia Kecewa Bisnes TikTok Shop Dihentikan

“Nak Sewa Kedai Tak Mampu” – Peniaga Indonesia Kecewa Bisnes TikTok Shop Dihentikan

Para peniaga di TikTok Shop Indonesia kelihatan kecewa dan menangis apabila aktiviti jual beli di aplikasi itu telah dihentikan secara rasmi pada 4 Oktober lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, kecoh tentang berita pemansuhan TikTok Shop oleh kerajaan Indonesia di negara tersebut.

Larangan penggunaan aplikasi berkenaan untuk berniaga diumumkan oleh Presiden Joko Widodo di Istana Kepresidenan, Jakarta pada Isnin (25 September).

Menerusi peraturan baru yang dijelaskan, pihak kerajaan hanya membenarkan platform e-dagang tersebut digunakan bagi tujuan mempromosikan barangan serta perkhidmatan sahaja dan bukannya untuk aktiviti menjual-beli secara langsung.

Baca Artikel Berkaitan: Indonesia Umum Hapuskan TikTok Shop. Ini 4 Sebab Yang Ramai Tak Tahu


Peniaga Menangis Apabila TikTok Shop Indonesia Ditutup Secara Rasmi

Baru-baru ini, tular perkongsian dimuat naik di laman TikTok (@orinagista13) menyaksikan kompilasi video peniaga-peniaga TikTok Shop, Indonesia yang meluahkan kekecewaan apabila aplikasi tersebut tidak dapat diakses secara rasmi.

Menurut seorang pengguna laman X (Twitter @muhdnaimmustafa), perkhidmatan TikTok Shop di negara jiran telah dihentikan pada 4 Oktober lalu jam 5 petang (waktu Jakarta).

Sumber: X (Twitter @muhdnaimmustafa)

Menurut klip video yang dikongsikan, kelihatan ramai para peniaga yang meluahkan rasa sedih kerana tidak boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari rezeki.

Bukan sahaja sedih, malah ramai juga di antara mereka yang dilihat mengalirkan air mata kerana larangan yang telah dikuat kuasa.

“Sudah secara rasmi ditutup, dah tak boleh check out,” ujar seorang wanita yang sedang membuat live untuk menjual barangannya.

Dalam kesempatan itu, para pengusaha yang giat menjalankan perniagaan menerusi aplikasi berkenaan sejak beberapa tahun lalu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan kerana telah banyak menyokong semasa operasi jual beli berlangsung.

Sumber: TikTok (@orinagista13)

Orang Ramai Luah Rasa Sedih Melihat Nasib Peniaga Yang Terkesan Dengan Larangan TikTok Shop

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sedih dengan larangan TikTok Shop itu.

Bukan itu sahaja, ada juga rakyat Indonesia mempersoalkan tindakan diambil oleh kerajaan kerana beranggapan larangan ini hanya membebankan para peniaga yang ingin mencari sumber rezeki buat diri sendiri dan ahli keluarga.

Tidak terhenti di situ, kelihatan ramai warganegara Malaysia yang meninggalkan pandangan mereka tentang isu berkenaan.

Segelintir daripada mereka berharap agar pemansuhan TikTok Shop dijalankan di Indonesia tidak akan dilakukan di Malaysia kerana mendakwa ia akan menjejaskan pengusaha yang menggunakan aplikasi tersebut sebagai sumber pendapatan.

“Sangat menyedihkan kalau benda ini jadi di Malaysia,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@orinagista13)

Baca Artikel Berkaitan: TikTok Shop Bakal Muncul Buat Peniaga Tempatan. Siap Tawar Penghantaran Percuma!

Baca Artikel Berkaitan: Here’s How TikTok Shop Is Helping Emerging Entrepreneurs

Sumber: TikTok (@orinagista13) | X (Twitter @muhdnaimmustafa)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd