Now Reading
BNM Nafi Pernah Lulus & Lesenkan Pelaburan Quantum Metal

BNM Nafi Pernah Lulus & Lesenkan Pelaburan Quantum Metal

Jelas BNM, Quantum Metal Sdn Bhd merupakan institusi pelopor yang berada di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pecegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktiviti 2001 (AMLA).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan pelaburan merupakan suatu perkara yang baik untuk menjana pendapatan seseorang.

Malah kini terdapat pelbagai jenis pelaburan berada di pasaran termasuklah berasaskan emas dan antara yang terkenal adalah Quantum Metal dari Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB).

Namun sebelum melabur pasti ada yang melakukan semakan terlebih dahulu sama ada ianya mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Ekoran itu terdapat dakwaan mengatakan aktiviti perniagaan yang dilakukan QMSB mempunyai kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM nafi dakwaan aktiviti dijalankan QMSB diluluskan dan dilesenkan

Terbaharu, BNM menafikan pihaknya ada meluluskan dan melesenkan aktiviti Quantum Metal sepeti yang didakwa setengah pihak.

BNM menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsikan di Facebook berkata, QMSB adalah institusi pelopor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pecegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktiviti 2001 (AMLA).

“QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga iaitu aktiviti disenaraikan sebagi perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama dengan sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dah setiausaha syarikat,” katanya.

Jelasnya lagi sebagai syarikat institusi pelopor, pihak itu perlu melakukan langkah-langkah pencegahan bagi menghindari aktiviti institusi berkenaan daripada terjebak dalam penyalahgunaan seperti aktiviti pengubahan wang haram mahupun aktiviti pembiayaan keganasan.


Walau institusi pelapor tak semestinya produk atau aktiviti didaftar, dilulus atau dilesenkan BNM

Ujarnya meskipun syarikat terbabit adalah institusi pelopor namun ia tidak bermaksud aktiviti atau produk contohnya dagangan emas didaftarkan, diluluskan serta dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM.

“Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung adalah tidak benar.

“BNM juga telah maklum mengenai pelbagai dakwaan menerusi media sosial bahawa semua transaksi masuk dari luar negara memerlukan kelulusan pengesahan BNM berhubung dengan AMLA.

“BNM ingin menjelaskan bahawa sebarang aliran yang melebihi had tertentu yang diperuntukkan di bawah dasar pertukaran asing, tidak memerlukan pengesahan dan kelulusan daripada BNM terlebih dahulu,” katanya.

Minta orang ramai berhati-hati sebelum buat pelaburan

Tegas BNM lagi tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak boleh menyalahgunakan nama serta urusan surat-menyurat sehingga boleh mendatangkan salah faham berhubung produk serta perkhidmatan yang dijalankan dilulus oleh BNM.

Malah dakwaan tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai pertimbangan untuk membuktikan kesahihan perniagaan itu.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada sebelum membuat keputuan pelaburan. Selain itu setiap aktiviti kewangan yang disyaki dilakukan tanpa kebenaran perlu dilaporkan kepada pihak penguatkuasaan undang-undang yang terlibat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd