Now Reading
Google Malaysia Mohon Maaf, Akui Silap Papar Nilai Tukaran Dolar AS-Ringgit

Google Malaysia Mohon Maaf, Akui Silap Papar Nilai Tukaran Dolar AS-Ringgit

Difahamkan, pihak BNM juga sebelum ini sudah menghantar surat peringatan tegas kepada Google berikutan insiden salah lapor pertama yang terjadi pada 6 Februari lalu itu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular di media sosial tangkap layar yang menunjukkan kadar mata wang Ringgit Malaysia (MYR) yang jatuh ke paras RM4.98 berbanding US$ 1 (Dolar US) yang diterbitkan oleh Google Malaysia.

Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi satu ciapan di laman X rasminya pada Sabtu lalu (16 Mac) telah menegaskan bahawa data kadar pertukaran (USD-MYR) itu adalah tidak tepat.

Kenyataan itu dikeluarkan BNM selepas tangkap layar berkenaan sohor di media sosial hingga ada yang mengambil kesempatan menjadi isu itu satu cubaan menghentam kerajaan dan BNM.

Google Malaysia mohon maaf dan akui tersilap papar

Terbaharu, Google Malaysia hari ini (18 Mac) mengakui kesilapannya dan telah membuat permohonan maaf.

Menerusi ciapan balas di laman X, Google Malaysia memaklumkan pihaknya telah menyelesaikan isu tersebut bersama pihak ketiga.

“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat kadar pertukaran USD-MYR untuk membetulkan kesilapan.

“Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang berlaku.

“Sila rujuk sumber rasmi seperti laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan berkait hal kewangan,” katanya.

BNM tegaskan kadar pertukaraan USD-MYR di Google tidak tepat

Terdahulu, menurut BNM, insiden itu adalah kesilapan kali kedua dalam tahun ini dilakukan Google dengan menerbitkan data kadar pertukaran USD-MYR yang tidak tepat.

Difahamkan, pihak BNM juga sebelum ini sudah menghantar surat peringatan tegas kepada Google berikutan insiden salah lapor pertama yang terjadi pada 6 Februari lalu itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd