Now Reading
Prestasi Mata Wang Negara Dipengaruhi Oleh Faktor Luar – Kata Gabenor BNM

Prestasi Mata Wang Negara Dipengaruhi Oleh Faktor Luar – Kata Gabenor BNM

Menurut Gabernor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour kebanyakan penganalisis menjangkakan ringgit bakal meningkat pada tahun ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour mendedahkan bahawa prestasi mata wang negara ini adalah sama seperti serantau lain.

Ini kerana ia dipengaruhi daripada beberapa faktor luaran seperti:

  • Pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
  • Kebimbangan geopolitik.
  • Ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.

“BNM berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia menuju ke hadapan,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Beliau mendedahkan perkara tersebut selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah memintanya menjawab pertanyaan mengenai prestasi mata wang Malaysia selepas ditanya oleh wartawan pada baru-baru ini.

Jelasnya lagi pertumbuhan bagi tahun ini akan dipacu oleh peningkatan dalam permintaan luar serta perbelanjaan domestik yang kukuh.

Abdul Rasheed turut memaklumkan unjuran terbaharu bagi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu perdagangan global juga bakal meningkat dari 0.4% pada tahun lalu (2023) kepada 3.3% untuk tahun ini.


Kebanyakan penganalisis jangka ringgit bakal meningkat tahun 2024

Selain itu, industri eksport Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang baik sejak suku keempat tahun lalu manakala Januari 2024 turut menunjukkan perkembangan yang positif iaitu 8.7%.

“Sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras prapandemik seramai 26 juta orang.

“Momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek-projek yang diluluskan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

“Mencerminkan perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan berstruktur serta jangkaan penurunan kadar faedah di ekonomi maju, kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan meningkat tahun ini.”

Sebagai info mata wang tempatan itu, terus mencatatkan prestasi lemah berbanding dolar AS sejak belakangan ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd