Now Reading
Ringgit Malaysia Dijangka Cecah 4.20 Hingga 4.40?

Ringgit Malaysia Dijangka Cecah 4.20 Hingga 4.40?

Nilai mata wang Ringgit dijangka meningkat susulan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) pada ketika ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, isu mata wang Ringgit yang menghampiri paras rendah menjadi bualan hangat orang ramai khususnya di platform media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: BNM Nafi Dakwaan Nilai Ringgit Jatuh Ke RM6.24 Untuk AS$1

Umum mengetahui nilai ringgit yang jatuh akan memberi kesan buruk kepada rakyat kerana bebanan harga barangan semakin meningkat.

Namun begitu, terdapat kemungkinan bahawa kadar mata wang Ringgit yang tinggi pada ketika ini akan menurun menjelang akhir tahun 2024 iaitu mencecah paras 4.20 sehingga 4.40 berbanding dolar AS.

Menerusi semakan kami, pertukaran matawang 1 AS Dolar bersamaan dengan RM4.76 setakat hari ini (28 Februari).

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)

Fed AS Dipercayai Bakal Turunkan Kadar Faedah

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) dipercayai akan menurunkan kadar faedahnya berikutan kemelesetan ekonomi di AS.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ringgit Susut Berbanding USD? Ini Penjelasannya

Menurut Pengarah Urusan Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd Tan Teng Boo, inisiatif menurunkan kadar faedah itu akan memberi kesan positif ke atas ringgit dan mata wang lain seperti baht Thai, rupiah Indonesia serta negara maju iaitu yen Jepun.

Sumber: Pexels

Semuanya bergantung kepada keputusan Fed AS dan tidak ada kaitan dengan dasar ekonomi (tempatan) kita. Penurunan mata wang dunia ketika ini bukan hanya dirasai oleh ringgit sahaja, tetapi mata wang lain juga termasuk yen Jepun yang menjunam 50% yang mana ia merupakan antara mata wang terkukuh satu waktu dahulu.

Tan Teng Boo.

Kemelesetan Ekonomi AS Dipengaruhi Isu Global

Berbicara tentang kemelesetan ekonomi di AS dijangka berlaku, Teng Boo berkata ia bergantung kepada perkembangan global terkini termasuklah krisis Laut Merah dan kemarau di Terusan Panama yang menyebabkan harga barangan naik mendadak.

Situasi tersebut sekaligus mendorong kepada peningkatan inflasi di AS.

Jelas Teng Boo, petunjuk utama lain seperti data pengangguran juga menunjukkan pasaran pekerjaan AS masih lagi terhad sehingga memberi kesan kepada gaji dan inflasi negara berkenaan.


Perbelanjaan Fiskal AS Tinggi

Sementara itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan dan teras ditambah dengan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) juga menunjukkan peningkatan lebih tinggi daripada jangkaan.

Teng Boo berkata, ringgit terkesan oleh kadar pertukaran nominalnya, tetapi dari segi penilaian, mata wang tempatan berdepan dengan krisis kekurangan nilai.

“Fed AS melakukan perbelanjaan fiskal sangat agresif dengan cara yang sangat tidak bertanggungjawab, dan hutang mereka amat tinggi pada 120% daripada keluaran dalam negara kasar, yang saya fikir adalah tertinggi dalam sejarah Amerika sejak Perang Dunia II.

“Jadi sebagai ekonomi terbesar yang bertindak dengan secara tidak bertanggungjawab, sudah tentunya ia menjejaskan seluruh dunia dan Malaysia sebagai sebuah negara membangun juga turut terjejas,” kata beliau.


Tak Adil Salahkan Kerajaan

Dalam pada itu, Teng Boo menegaskan bahawa sikap segelintir pihak yang menyalahkan kerajaan atas penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS pada ketika ini adalah tidak adil.

Ia berdasarkan fakta. Untuk menuduh kerajaan sekarang yang menyebabkan ringgit menjadi lemah, saya rasa itu adalah mengarut dan bukan berdasarkan fakta atau analisis, hanya didorong oleh permainan politik.

Tan Teng Boo.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Sepanjang Tahun 2024

Mengulas lanjut, beliau menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tanpa sebarang perubahan sepanjang tahun ini.

Sumber: Malay Mail

Walau bagaimanapun, perbezaan kadar faedah di AS tidak akan selamanya menentukan kadar mata wang. Hal ini kerana petunjuk lain seperti faktor-faktor struktur perlu dianalisis dalam menentukan hala tuju jangka panjang mata wang negara.

Baca Artikel Berkaitan: Ringgit’s Performance Influenced By External Factors, Says Bank Negara Governor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd