Now Reading
BNM Nafi Dakwaan Nilai Ringgit Jatuh Ke RM6.24 Untuk AS$1

BNM Nafi Dakwaan Nilai Ringgit Jatuh Ke RM6.24 Untuk AS$1

Pada 5 Februari lalu, Google mencatatkan kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat iaitu RM6.24 untuk satu dolar Amerika Syarikat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (6 Februari), Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi satu kenyataan berkata bahawa data kadar pertukaran ringgit yang diterbitkan pada 5 Februari lalu adalah tidak tepat. Termasuklah kadar dolar Amerika Syarikat (USD) dan ringgit (MYR).

Pihak bank itu berkata, bagi USD/MYR, kadar pertukaran yang tidak tepat iaitu RM6.24 telah dicatatkan melalui laman Google.

Namun begitu, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 dengan 4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan melalui laman web rasmi BNM.


Orang Ramai Perlu Guna Sumber Yang Sah Sebagai Rujukan

Dalam pada itu, BNM memberi peringatan agar orang ramai lebih berhati-hati dan menggunakan sumber yang disahkan sebagai rujukan utama mengenai kadar pertukaran mata wang.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit.

Bank Negara Malaysia.
Sumber: Freepik

Dolar As Dijangka Kekal Dalam Kedudukan Kukuh

Ketika aktiviti awal dagangan semalam, ringgit Malaysia dibuka rendah berbanding dolar AS susulan laporan pekerjaan yang dikeluarkan pada minggu lalu selain isyarat kadar faedah tinggi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

Pada jam 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7570/7620 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7520 pada Isnin (5 Februari).

Mengulas lanjut, dolar AS dijangka kekal pada kedudukan lebih kukuh ekoran data pembayaran gaji bukan ladang (NFP) yang dikeluarkan minggu lalu di mana ia lebih tinggi berbanding jangkaan.

Tambahan pula, Indeks Dolar AS (DXY) dilaporkan meningkat 0.53% dalam tempoh semalaman kepada 104.452 mata.


Ramai Bimbang Lihat Mata Wang Malaysia Yang Dikatakan Merosot

Terdahulu, tular satu ciapan di laman X apabila seorang individu berkongsi ‘screen shot’ kadar pertukaran terkini USD kepada RM menerusi Google.

Sumber: Google via Berita Harian

Berdasarkan perkongsian tersebut, individu itu mendakwa kadar pertukaran bagi 1 USD adalah bersamaan dengan RM6.24. Kadar yang tidak tepat itu kemudiannya mengundang kebimbangan warganet tentang nilai mata wang Malaysia yang dikatakan semakin merosot berbanding negara lain.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Bank Negara Umum OPR Kekal 3%

Baca Artikel Berkaitan: BNM Dijangka Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Menjadi 3.25% Hari Ini – Firma Pelaburan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd