Now Reading
Money Changer Wajibkan Individu Beri Maklumat Peribadi Jika Ingin Tukar Wang

Money Changer Wajibkan Individu Beri Maklumat Peribadi Jika Ingin Tukar Wang

Peraturan baharu Bank Negara Malaysia (BNM) mewajibkan kesemua pelanggan untuk memberikan nama penuh, nombor pengenalan dan tarikh lahir mereka bagi proses pertukaran mata wang asing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan peraturan di mana setiap individu yang mahu menukar mata wang asing untuk memberikan butiran peribadi mereka.

Peraturan baharu itu adalah sebahagian daripada Dokumen Polisi Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Melawan Pembiayaan Keganasan dan Sanksi Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan (AML/CFT dan TFS untuk FI) yang diperkenalkan oleh Jabatan Perisikan dan Penguatkuasaan Kewangan BNM pada 5 Februari lalu.

Difahamkan, ia telah menggantikan Dokumen Polisi yang sebelumnya bertarikh 31 Disember 2019.

Terdahulu, hanya mereka yang menukar lebih daripada RM3,000 dalam mata wang asing sahaja dikehendaki untuk memberikan butiran maklumat.

Peraturan baharu berkenaan yang berkuat kuasa pada 6 Februari kini memerlukan individu yang mahu menukar kurang daripada RM3,000 untuk memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan (IC) dan tarikh lahir mereka.

Bagi warga asing pula, mereka perlu menunjukkan dokumen pasport yang sah.

Menurut laporan The Star, peraturan baharu yang diperkenalkan ini mendapat sambutan kurang baik oleh orang ramai.

Tindakan baru dikuatkuasakan ini masih belum diketahui secara meluas sehingga ada pihak yang menyangka mereka telah ditipu oleh pihak pengurup wang sebagai salah satu taktik untuk melakukan jenayah penipuan.

Bukan itu sahaja, mereka juga bimbang jika maklumat tersebut dikongsikan kepada pihak tidak bertanggungjawab dan telahpun membuat laporan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Saya terkejut bila penukar wang meminta butiran peribadi saya hanya untuk menukar S$200 (RM710). Sekarang ini banyak kes scammer. Saya tak nak maklumat diri saya tersebar di mana-mana.

Wendy Tan, 35, berkata kepada The Star.
Gambar sekadar hiasan.

Sesetengah Individu Pilih Untuk Tukar Mata Wang Asing Di Singapura

Bagi mengelakkan dari terlibat dengan peraturan baharu ini, sesetengah penduduk di negeri Johor mula menukar wang mereka di Singapura.

Tindakan ini secara tidak langsung telah menjejaskan mata pencarian bagi pihak pengurup wang kerana lebih ramai pelanggan mengadu tentang proses pendaftaran yang agak rumit.

Ketidakpuasan hati terhadap peraturan baharu itu turut menyaksikan peningkatan aduan kepada Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB).

Seorang pelanggan mengadu kepada pihak MAMSB mendakwa syarikat moneychanger pertama yang dikunjungi telah cuba untuk menipu apabila ditanya tentang butirannya.

Pelanggan itu didakwa berjaya menukar wang tanpa memberikan butiran peribadinya kepada pengurup wang lain yang dipercayai tidak mengetahui peraturan baharu tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MAMSB K. Raman berkata dasar baharu terbabit sebenarnya telah selaras dengan piawaian global.

Bagi mengurangkan aduan, MAMSB telah mengeluarkan notis kepada semua ahlinya untuk memaklumkan kepada pelanggan dan membantu mereka untuk memahami keperluan yang ditetapkan oleh pengawal selia.

Raman turut menasihati orang ramai supaya bersabar dengan penukar wang kerana ia akan mengambil sedikit masa bagi memasukkan butiran mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd