Food Panda 10th Birthday
Now Reading
Wanita Maut Disambar Buaya Sempat Tolak Ibu Jauh Darinya Untuk Elak Dibaham
Food Panda 10th Birthday Food Panda 10th Birthday

Wanita Maut Disambar Buaya Sempat Tolak Ibu Jauh Darinya Untuk Elak Dibaham

Lokasi penemuan mangsa adalah kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, beberapa hari lalu dilaporkan satu kes melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun yang telah hilang selepas disambar oleh buaya ketika mangsa berada di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan Sabah.

Mangsa, Norsila Sayong, dan ahli keluarganya ketika itu berada di lokasi kejadian untuk tujuan memancing bersama di sebuah tebing sungai. Walau bagaimanapun, kejadian menyayat hati telah menimpa dirinya apabila dia dibaham oleh buaya yang berada di dalam sungai berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3:40 petang, 30 Julai.

Lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dilaporkan bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan misi operasi dan menyelamat (SAR).

Setelah sekian lama, pada 31 Julai kira-kira jam 6:35 pagi, mayat Norsila akhirnya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.


Kedengaran Pergerakan Reptilia

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin turut memberitahu bahawa pada awal pagi (31 Julai), penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.

Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna. Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin.

Mangsa Sempat Tolak Ibu Jauh-jauh Dari Dibaham Buaya

Ibu saudara mangsa iaitu Norhamidah Said dalam satu kenyataan di Facebook turut memberitahu bahawa kakak mangsa memaklumkan bahawa arwah adiknya itu sempat menyelamatkan ibunya daripada dibaham oleh buaya berkenaan.

Mangsa dikatakan telah menolak ibunya dengan kuat dan akhirnya dirinya ditarik oleh reptilia berkenaan masuk ke dalam air.

Takziah buat keluarga mangsa. Pilu sungguh hati seorang ibu apabila kehilangan seorang anak solehah yang telah menyelamatkan nyawanya. Semoga arwah ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

Innalillahiwainnailaihirojiun.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd