“Ingatkan Biawak” – Wanita Warga Emas Terkejut Digigit Anak Buaya
Seorang warga emas terkejut apabila kaki kirinya digigit seekor anak buaya apabila sedang keluar dari rumah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Digigit haiwan buas amatlah menakutkan. Ini kerana sesetengah haiwan mempunyai bakteria dan virus berbahaya dalam kandungan air liur yang boleh menyebabkan ianya terjangkiti kepada manusia.
Bukan itu sahaja, giginya yang tajam juga berisiko untuk mencederakan anggota badan anda.
Oleh itu, sekiranya anda terlihat binatang liar berhampiran anda cepat-cepat lindungi diri sendiri okay?
Warga Emas Terkejut Kaki Kiri Kena Sambar Anak Buaya
Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang warga emas bernama Faridah Abd Ghani, 65 yang telah digigit kaki kirinya oleh seekor anak buaya.
Menurut sumber Malaysia Gazette, kejadian ini berlaku semalam (1 Oktober) kira-kira jam 6 pagi dalam tempat tinggalnya di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Menurut Faridah, dia yang sedang berjalan keluar dari rumahnya terkejut apabila merasakan sesuatu menggigitnya pada kaki kiri.
“Mulanya saya sangka haiwan itu biawak lalu segera memanggil anak lelaki dan ketika itu barulah jelas ia adalah anak buaya bersaiz panjang kira-kira 30 cm,” katanya.

Wanita Digigit Oleh Anak Buaya Selamat & Tiada Kesan Luka
Sebelum memanggil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan, anak kepada Faridah bertindak menekup haiwan itu menggunakan tudung saji di rumah.
Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah (UMT) Leftenan (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry berkata, Pusat Kawalan Operasi telah menerima panggilan kecemasan daripada keluarga Faridah pada pukul 6.04 pagi.
Faridah walau bagaimanapun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambah wanita itu, kedudukan rumah yang berhampiran pantai Tanjung Bidara membuatkan dia juga pernah terlihat kelibat buaya yang sedang berenang.
Ini 4 Agensi Yang Boleh Dihubungi Sekiranya Terjumpa Haiwan Liar
Terserempak dengan hidupan liar semenangnya menggerunkan kerana haiwan tersebut boleh membahayakan keselamatan anda.
Sekiranya anda terjumpa dengan haiwan buas berkenaan, usah risau. Anda boleh hubungi beberapa agensi di Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguruskan haiwan-haiwan tersebut.

Untuk info, perkhidmatan yang disediakan oleh agensi berikut adalah percuma. Antaranya:
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
- Balai Bomba & Penyelamat Malaysia.
- Unit Kawalan Haiwan Majlis Perbandaran.
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman (PERHILITAN).
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Maut Disambar Buaya Sempat Tolak Ibu Jauh Darinya Untuk Elak Dibaham
Baca Artikel Berkaitan: TMJ Kongsi Video Jumpa Buaya Dalam Lautan Ketika Berenang Depan Istana Bersama Keluarga
Baca Artikel Berkaitan: Haram Atau Halal? Ini Hukum Makan Telur Buaya Yang Patut Korang Tahu
Sumber: Malaysia Gazette | Property Guru
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram