Now Reading
Remaja 18 Tahun Maut Bertembung Dengan Kenderaan Polis Pada Malam Raya, Anggota Terlibat Kini Ditahan

Remaja 18 Tahun Maut Bertembung Dengan Kenderaan Polis Pada Malam Raya, Anggota Terlibat Kini Ditahan

Siasatan mendapati kemalangan tersebut berlaku ketika kenderaan yang dipandu anggota polis berusia 37 tahun sedang dalam tugas rondaan cegah lumba haram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aktiviti merempit yang sering dilakukan oleh segelintir anak muda di jalan raya sehingga menyebabkan suasana bingit pastinya kurang menyenangkan masyarakat setempat.

Lebih membimbangkan lagi, perbuatan mereka mungkin boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Terbaharu, tindakan sekumpulan mat rempit berhimpun di sebuah kawasan di Melaka mengakibatkan seorang remaja maut selepas kemalangan dengan pihak polis.


Polis Didakwa Rempuh Rider Penghantar Lemang Pada Malam Raya

Pada awal pagi ketika 1 Syawal lalu (10 April), aktiviti sekumpulan mat rempit di sekitar Alor Gajah, Melaka telah dilaporkan oleh penduduk tempatan.

Berikutan itu, pihak polis yang menaiki pacuan empat roda telah melakukan rondaan di kawasan sekitar Jalan Gangsa-Kesang Durian Tunggal untuk mengelakkan daripada berlakunya perlumbaan haram dalam kalangan mereka.

Namun kehadiran pihak polis itu telah mengakibatkan kumpulan mat rempit berkenaan bertempiaran melarikan diri dari pelbagai arah untuk mengelakkan diri dari ditangkap.

Walau bagaimanapun, keadaan kecoh yang sedang berlaku telah mengakibatkan satu kemalangan melibatkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang telah merempuh sebuah kenderaan polis.

Sumber gambar: X (@mynewshub)

Memetik laporan Malaysia Gazette, insiden yang berlaku pada jam 2:56 pagi menyebabkan mangsa terpelanting setinggi beberapa meter sebelum terjatuh di atas jalan raya.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah memaklumkan mangsa yang dibawa ke Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka disahkan patah kaki dan paha serta mengalami kecederaan dalaman yang serius sebelum dilaporkan meninggal dunia semalam (11 April).

Dakwa netizen, mangsa yang maut bukanlah dari kumpulan mat rempit yang terlibat sebaliknya dia baru pulang dari menghantar lemang kepada seorang kawannya.


Kenderaan Polis Didakwa Tidak Beri Isyarat Sebelum Masuk Simpang

Kemalangan yang berlaku sempat dirakam oleh penduduk sekitar dan video berkenaan dimuat naik semula di laman X (@mynewshub).

Dalam video tersebut, kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik pihak polis telah masuk ke simpang sebelum bertembung dengan penunggang motosikal terbabit yang berada pada laluan bertentangan.

Difahamkan pihak polis tersebut didakwa tidak memberikan isyarat signal untuk memasuki simpang atau memperlahankan kenderaan sebelum bertembung dengan motosikal terbabit.

Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika kenderaan polis dipandu seorang anggota lelaki berusia 37 tahun sedang dalam tugas rondaan cegah lumba haram.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.

Siasatan Lanjut Kini Dilakukan

Menerusi kenyataan dimuat naik oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di laman Facebook, siasatan mengenai kejadian kini dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kematian.

Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara lima hingga 10 tahun serta denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Sehingga kini, polis telah menerima sejumlah enam laporan berkaitan insiden dan tiga rakaman percakapan telah dirakam daripada saksi serta ahli keluarga mangsa.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.

Sementara itu, tangkapan terhadap anggota polis yang terlibat dalam kemalangan juga telah dilakukan pada hari ini (12 April).

Hasil ujian air kencing mendapati anggota polis berkenaan bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah.

Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222.

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Sempat Berpaut Pada Motosikal Rakan Sebelum Jatuh Ke Atas Jalan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Check Lesen Je” – Mat Rempit Gelabah Ditahan, Sanggup Lawan Arus & Tinggal Motor Tepi Jalan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Polis Bawa ‘Mat Rempit’ Solat Subuh Berjemaah Lepas Ditahan Di Jalan Raya Jadi Perhatian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd