Now Reading
Melaka Tawar 10 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Secara Percuma Pada 20 Februari Ini

Melaka Tawar 10 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Secara Percuma Pada 20 Februari Ini

Antara lokasi menarik di Melaka yang boleh dikunjungi secara percuma pada 20 Februari ini adalah Menara Taming Sari dan Muzium Penjara Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjelang musim cuti persekolahan sesi 2023/2024 yang bermula pada esok (9 Februari), pasti ramai ibu bapa yang sudah merancang untuk membawa anak-anak bercuti ke tempat menarik.

Kepada ibu bapa yang masih belum mempunyai apa-apa perancangan semasa musim cuti persekolahan ini, terdapat banyak lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Selain kawasan Lembah Klang yang sering menjadi tumpuan masyarakat, negeri Melaka juga menawarkan pelbagai pelancongan yang best.


Lokasi Pelancongan Di Melaka Yang Boleh Masuk Secara Percuma

Memetik Harian Metro, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan berita gembira kepada seluruh masyarakat Malaysia yang bercadang untuk bercuti ke negeri Melaka.

Beliau memaklumkan terdapat 10 lokasi pelancongan di negeri tersebut yang boleh dikunjungi secara percuma tanpa sebarang bayaran pada 20 Februari bersempena dengan Sambutan Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Muzium Penjara Malaysia. (Sumber: Tazkirah)
Melaka Wonderland & Themepark. (Sumber: Klook)

10 lokasi tersebut adalah:

  • Menara Taming Sari (9 pagi hingga 5 petang).
  • 21 muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (9 pagi hingga 5 petang).
  • Zoo Melaka (10 pagi hingga 5 petang).
  • Balai Cerap Al-Khawarizmi (9 pagi hingga 5 petang).
  • Melaka Wonderland & Themepark (6 petang hingga 10 malam).
  • Taman Laut Negeri Melaka (kos aktiviti menyelam sahaja).
  • Lima Kelab Golf Negeri Melaka (percuma green fee).
  • Muzium Penjara Malaysia Melaka (9 pagi hingga 5 petang).
  • Malaysia Heritage Studios (10 pagi hingga 6 petang).
  • Melaka River Cruise di tiga jeti iaitu Jeti Pengkalan Rama, Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara.

Bersempena dengan hari bersejarah itu, satu acara khas akan dilakukan di Bandar Hilir bagi memperingati Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Melaka River Cruise. (Sumber: Tourism Melaka)
Zoo Melaka. (Sumber: MaiSinggah)
Menara Taming Sari. (Sumber: Klook)

7 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak-anak Sempena Cuti Sekolah

Buat ibu bapa yang mahu membawa anak-anak berjalan di sekitar Lembah Klang pada musim cuti persekolahan ini, jom kami senaraikan beberapa tempat menarik.

Antaranya:

  • Aquaria KLCC
  • 99 Wonderland Park
  • Kuala Lumpur Upside Down House
  • Sunway Lagoon
  • KidZania KL
  • SuperPark Malaysia, Avenue K
  • Farm In The City

Jadi apa tunggu lagi, rancanglah percutian anak-anak anda pada musim cuti persekolahan ini dengan membawa mereka ke lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur ini.

Baca Artikel Berkaitan: 10 Lokasi Menarik Untuk Bawa Anak Anda Sempena Cuti Sekolah. Jom!

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang

Baca Artikel Berkaitan: 4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd