Now Reading
Aksi Polis Bawa ‘Mat Rempit’ Solat Subuh Berjemaah Lepas Ditahan Di Jalan Raya Jadi Perhatian Netizen

Aksi Polis Bawa ‘Mat Rempit’ Solat Subuh Berjemaah Lepas Ditahan Di Jalan Raya Jadi Perhatian Netizen

Solat fardu Subuh secara berjemaah bersama sekumpulan mat rempit itu telah diimamkan sendiri oleh Pengawai Penyiasat BSPT Sungai Buloh, Inspektor Che Hassan Bin Ambok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gejala mat rempit di Malaysia adalah satu perkara yang perlu dikawal kerana kegiatan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada sesiapa sahaja.

Lebih membimbangkan lagi, gejala rempit ini turut melibatkan anak-anak muda yang masih bersekolah dan tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pegawai JPJ Dirempuh Mat Rempit Hingga Terpelanting Cuba Lari Dari SJR. LKM ‘Expired’ Sejak 2012

Baca Artikel Berkaitan: 2 Mat Rempit Buat Aksi ‘Superman’ Di Lebuh Raya Dicekup Polis

Susulan itu, pihak polis telah melakukan pelbagai jenis operasi untuk mengekang perbuatan ini daripada semakin berleluasa dengan mengadakan sekatan jalan raya.


Polis Bawa Mat Rempit Solat Subuh Berjemaah Lepas Sita Motosikal

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Sungai Buloh, Operasi Pencegahan Samseng Jalan telah dilakukan pada Sabtu lalu (13 Januari) sekitar jam 3:00 pagi di Lebuhraya Guthrie.

Sumber: Facebook

Operasi yang dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Sungai Buloh bersama pasukan Balai Polis Sungai Pelong telah memerika seramai 108 penunggang motosikal dan mengeluarkan 87 notis saman atas pelbagai kesalahan.

Antaranya 14 buah motosikal telah disita dan ditahan oleh IPD Sungai Buloh kerana tidak memiliki lesen memandu, mengubah suai ekzos dan cukai jalan sudah tamat tempoh.

Operasi sekatan jalan raya ini telah mendapat perhatian ramai selepas pihak polis membawa 14 individu yang disita motosikal mereka ke Surau Fazwina IPD Sungai Buloh bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Sumber: Facebook

Solat fardu itu telah diimamkan sendiri oleh Pengawai Penyiasat BSPT Sungai Buloh, Inspektor Che Hassan Bin Ambok.

Bagi memberi kesedaran tentang kesalahan yang dilakukan, pihak polis Sungai Buloh turut menekankan tentang pendedahan kerohanian sebagai peringatan.


Netizen Puji Didikan Polis Kepada Mat Rempit Tentang Agama

Tindakan pihak polis itu telah mendapat banyak reaksi positif dari netizen yang rata-ratanya memuji penekanan melibatkan kerohanian menjadi keutamaan mereka bagi mendidik golongan muda tersebut.

Pada masa yang sama, netizen turut berharap agar mereka yang ditahan oleh pihak polis itu insaf dengan ‘hukuman’ yang diberikan dan mula rajin untuk bersolat jemaah pada masa akan datang.

“Alhamdulillah dan syabas kepada PDRM khususnya IPD Sungai Buloh. Semoga budak-budak itu insaf dan menjadi insan yang soleh. Amin,” kata netizen.

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd