Now Reading
[Video] Pegawai JPJ Dirempuh Mat Rempit Hingga Terpelanting Cuba Lari Dari SJR. LKM ‘Expired’ Sejak 2012

[Video] Pegawai JPJ Dirempuh Mat Rempit Hingga Terpelanting Cuba Lari Dari SJR. LKM ‘Expired’ Sejak 2012

Selain tiada lesen CDL serta LKM tamat tempoh pada 2012, penunggang motosikal berkenaan juga mempunyai 8 rekod dadah dan jenayah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes percubaan penunggang motosikal untuk lari daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) ini sememangnya perkara yang biasa berlaku dalam kalangan mat motor yang tidak mempunyai lesen kenderaan sah ataupun sudah luput.

Malah, kejadian tidak diingini seperti cubaan melanggar pegawai yang bertugas juga semakin banyak dilaporkan ketika ini.

Seperti semalam (17 September) di kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson pada jam 11 pagi, seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah cedera dirempuh oleh penunggang motosikal ketika sekatan jalan raya (SJR) dilakukan.

Penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR itu dipercayai cuba untuk mengelak dari SJR yang sedang dijalankan di lokasi kejadian.


LKM Mat Motor (Suspek) Telah Tamat Tempoh Sejak 2012 & Miliki 8 Rekod Melibatkan Dadah Serta Jenayah

Lebih mengejutkan lagi, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ, lesen kenderaan motor (LKM) penunggang itu juga sudah tamat tempoh pada 2012 selain dia tidak memiliki perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten (CDL).

Tambahan pula, hasil siasatan mendapati penunggang terbabit mempunyai dua (2) senarai hitam masih aktif dan tindakan telah diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Penunggang tersebut juga telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mengulas lanjut, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PDRM, suspek berusia 25 tahun itu turut memiliki 8 rekod melibatkan dadah dan jenayah telah dibawa ke Mahkamah Port Dickson hari ini (18 September) bagi proses reman sehingga 21 September 2023.

Perintah reman tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Port Dickson, Uthman Abd Ghani.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.


Video Tular Anggota JPJ Dirempuh Mat Motor Di Port Dickson, Negeri Sembilan

Sebelum ini, media sosial dibanjiri video tular yang menunjukkan seorang anggota JPJ telah dirempuh oleh penunggang motosikal ketika menjalankan tugas.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pegawai tersebut terpelanting akibat rempuhan yang agak kuat sehingga menyebabkan seluruh anggota badannya terhempas di atas jalan raya.

Pegawai tersebut setelah itu dibantu oleh pegawai-pegawai JPJ yang lain dan dimasukkan ke dalam kereta khas JPJ untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

“Kau langgar orang lari, kau berhenti la saman, baru 100 takda lesen,” kata seorang penguatkuasa kepada penunggang tersebut ketika di lokasi kejadian.


JPJ Lancar Operasi Khas Motosikal Tahun 2023

Umum sedia maklum, JPJ telah melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 untuk tempoh selama sebulan bermula 1 hingga 30 September 2023 di seluruh negara.

Objektif operasi ini adalah untuk ke arah mengukuhkan pembudayaan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran keselamatan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

JPJ dalam masa sama turut menasihati orang ramai supaya tidak melarikan diri ataupun bertindak di luar jangka jika berhadapan dengan Operasi Penguatkuasaan SJR yang dilakukan oleh JPJ.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd