Haram Atau Halal? Ini Hukum Makan Telur Buaya Yang Patut Korang Tahu
Terdahulu tular video seorang lelaki memakan telur buaya peliharaannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@khairuljohari27) telah membuat hantaran video yang menunjukkan dia memakan telur buaya. Telur buaya tersebut dimasak dengan cara menggorengnya menjadi telur mata.
@khairuljohari27 Replying to @azri_juhari ♬ Musik Relaksasi – Formasi
Kelihatan lebih besar berbanding telur ayam, dia berkata telur buaya yang digoreng terasa kenyal dan seperti berlemak. Menurut keterangan di TikTok, kuning telur buaya terasa sedap, tetapi bahagian putihnya agak berbeza dan digambarkan ‘lain macam’.
Melalui riak wajahnya dalam video yang dikongsi, dapat dilihat bahawa telur buaya goreng adalah tidak sedap sehingga menyebabkan dia gagal menghabiskan telur tersebut.
Alasan Memakan Telur Buaya
Khairul sebelum ini pernah tular kerana memelihara haiwan peliharaan eksotik di rumah termasuk buaya. Telur buaya yang dimakannya sebenarnya adalah milik buaya peliharaannya.
Apabila ditanya mengapa dia memakan telur buaya tersebut dan tidak membiarkannya menetas, dia berkata kerana dia memiliki ruang yang terhad di rumahnya untuk memelihara lebih banyak buaya.
@khairuljohari27 Replying to @maznyfadilah ♬ original sound – BYDHIAHQ
Daripada perkongsiannya sebelum ini, salah seekor daripada buayanya telah bertelur sebanyak sembilan biji telur.
@khairuljohari27 Akhirnya buaya saya betelor, pertama kali saya dapat pegang telor buaya. ada 9 biji kesemuanya. ada cadangan tak nama anak-anak saya nanti? #corcodile #egg ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
Hukum Memakan Telur Buaya
Bagi umat Islam yang menyaksikan video tersebut, pasti timbul tanda tanya sama ada telur buaya halal dimakan ataupun sebaliknya. Hal ini adalah kerana buaya merupakan haiwan dua alam, iaitu boleh hidup di atas darat dan di dalam air, yang haram dimakan.
Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi secara umumnya, mazhab Syafie menghalalkan semua telur haiwan walaupun dagingnya diharamkan. Namun begitu, terdapat juga telur yang diharamkan seperti telur ular dan serangga yang memudaratkan.
Antara perbahasan oleh fuqaha Mazhab al-Syafie adalah:
سَائِرُ الْبُيُوضِ طَاهِرَةٌ وَلَوْ مِنْ غَيْرِ مَأْكُولٍ وَإِنْ اسْتَحَالَتْ دَمًا بِحَيْثُ لَوْ حُضِنَتْ لَفَرَّخَتْ، وَلَكِنْ يَحْرُمُ أَكْلُ مَا يَضُرُّ كَبَيْضِ الْحَيَّاتِ
Maksudnya: Kesemua telur suci meskipun daripada [haiwan yang] tidak dimakan [dagingnya], walaupun telah berubah [menjadi] darah di mana jika diperam, akan menetas. Namun diharamkan memakan apa yang memudaratkan seperti telur ular.
(Lihat kitab Qalyubi wa Umairah: 1/82)
Selain itu, Imam al-Suyuthi pula dalam menyatakan hukum memakan telur haiwan-haiwan dan telur ular menyatakan bahawa:
لَيْسَ لنا بَيْضٌ يُحَرِّم أَكْلَهُ وَاِسْتَثْنَى بَعْضَهُمْ بَيَّضَ الحَيَّاتِ وَالحَشَرَاتِ وَ لَا شَكَّ فِيهُ
Maksudnya: Tiada telur yang diharamkan bagi kita memakannya. Sesetengah [daripada] mereka (ulama Mazhab al-Syafie) mengecualikan telur ular dan serangga. Tiada syak padanya (pengecualian ini).
(Lihat al-Asybah wa al-Nazoir: 1/695)
Di samping itu, telur haiwan yang dilarang dibunuh juga diharamkan untuk dimakan. Perkara ini adalah kerana jika ia halal dimakan, ia bermaksud haiwan tersebut tidak dilarang dibunuh. Antara haiwan yang disebutkan larangan membunuhnya di dalam hadis adalah semut dan lebah.
Ulama Syafi’iyyah menyebutkan apa-apa haiwan yang dilarang utk dibunuh, hukumnya haram untuk dimakan kerana jika ia halal untuk dimakan, maka sudah tentu tidak dilarang membunuhnya [sembelih utk makan]. Contohnya semut dan lebah, haram makan sebab ada larangan bunuh dlm hadith
— Maktabah Al-Bakri (@maktabahab) July 11, 2023
Menerusi laman web Maktabah al-Bakri, Syeikh Nawawi al-Jawi menyatakan jika telur telah rosak dan tidak boleh lagi berkembang untuk menetas, ia dianggap sebagai najis dan diharamkan untuk dimakan. Hukum haram termasuk bagi telur haiwan yang diambil daripada bangkai.
Selain daripada telur haiwan yang dinyatakan di atas, telur lain dihalalkan untuk umat Islam.
Adapun selain daripada semua itu, telur tersebut dikira sebagai suci dan boleh dimakan, meskipun daripada haiwan yang tidak dimakan dagingnya seperti burung hida’ah (sejenis burung helang), burung gagak, burung helang, burung hantu, buaya, penyu dan seumpamanya kecuali telur ular.
Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.