Now Reading
Projek Forest City Johor Bukan Projek Gagal – TMJ

Projek Forest City Johor Bukan Projek Gagal – TMJ

Forest City juga telah menerima anugerah Global Model of Low-Carbon City Planning and Design Award dari Sustainable Cities and Human Settlements Award (SCAHSA).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menyifatkan laporan yang menyatakan Forest City Johor adalah projek yang gagal merupakan satu fitnah.

TMJ bertitah bahawa perkara tersebut adalah tidak benar dan merupakan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

BACA LANJUT: Forest City Johor Raih Tempat Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia

Kredit gambar: Smartcitiesworld.net/EdgeProp

Satu kenyataan untuk membalas dakwaan isu yang viral di media sosial itu telah dimuat naik di laman Facebook miliknya pada 20 November lalu.

Forest City merupakan sebuah projek yang sedang dibangunkan secara mampan dan berterusan. Projek ini sudah pun menyumbang pendapatan sebanyak RM630 juta kepada kerajaan negeri Johor dalam bentuk bayaran cukai, dividen, dan sebagainya. Projek ini juga telah mencipta pekerjaan untuk 1,200 rakyat tempatan dan menganugerahkan kontrak kerja bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat kontraktor tempatan.

Kenyataan HRH Crown Prince of Johor menerusi Facebook.

Titahnya lagi, ini secara langsung telah membuka peluang untuk memajukan industri pembinaan di Johor untuk jangka masa panjang.

Pada akhir bulan lepas, Forest City juga telah menerima anugerah Global Model of Low-Carbon City Planning and Design Award dari Sustainable Cities and Human Settlements Award (SCAHSA).

Ini menunjukkan bahawa projek ini tidak gagal, sebaliknya menarik perhatian di persada dunia dengan kemajuan teknologinya.

Cabaran juga dihadapi dengan wabak Covid-19 yang bukan sahaja melanda Johor, malah seluruh dunia. Situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan juga telah menyebabkan kadar penjualan yang kurang. Juga perlu diingatkan bahawa dasar Kerajaan Persekutuan yang tidak konsisten turut menyebabkan keyakinan pelabur terhadap negara kita terjejas.

Kenyataan HRH Crown Prince of Johor menerusi Facebook.

TMJ turut berharap dengan polisi yang lebih stabil pada masa akan datang dan apabila situasi ekonomi sudah bertambah baik, lebih ramai pelabur akan datang ke negara ini dan melabur di sini.


Untuk rekod, nama projek Forest City ini menjadi bualan apabila sebuah saluran di YouTube iaitu Top Luxury telah menyenaraikan projek ini sebagai salah satu di antara lima projek mega yang paling tidak berguna di dunia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd