Now Reading
Forest City Johor Raih Tempat Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia

Forest City Johor Raih Tempat Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia

Top Luxury menerusi video tersebut menjelaskan bahawa projek ini disifatkan semakin tak menentu apabila pemaju iaitu County Garden pada beberapa tahun lalu mula melaksanakan pemberhentian pekerja seramai 1,000 orang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum tentang Projek Mega, Forest City di Johor.

Forest City adalah satu projek futuristik mewah dilancarkan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibina di atas empat pulau buatan dan terletak berdekatan dengan Singapura iaitu satu jam perjalanan.

Projek yang mempromosikan ‘eco-smart city’ dengan nilai AS$100 bilion (RM413.77 bilion) ini pada awal pembinaanya dijangka berpotensi menempatkan sehingga 700,000 penduduk apabila siap sepenuhnya pada tahun 2035 nanti.

Kredit: Malay Mail

Projek ini pada mulanya berdepan dengan pelbagai masalah dari awal pelancaran.

Antaranya, ia telah menjadi keresahan rakyat Malaysia berikutan pengaruh China yang semakin berkembang selain harga rumah di sana yang disifatkan tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Forest City muncul di YouTube

Baru-baru ini, nama projek Forest City ini menjadi bualan apabila sebuah saluran di YouTube iaitu Top Luxury telah menyenaraikan projek ini sebagai salah satu di antara lima projek mega yang paling tidak berguna di dunia.

Menerusi video tersebut, memandangkan projek ini mendapat pembiayaan oleh China – sebagai pulangan rakyat mereka akan diberikan kelebihan untuk memiliki kediaman di sini.

Bukan itu sahaja, sebahagian nama jalan dan papan tanda di sini juga ditulis di dalam Bahasa Cina.

Mereka turut mendakwa hampir 80% dari pemilik di kawasan ini pada tahun 2019 adalah terdiri dari warga China disebabkan harga yang terlalu mahal untuk dimiliki rakyat tempatan.

By 2019, 80% of the property owners were Chinese, even the street signs were in Mandarin and the few schools that opened in the area were offering Mandarin courses.

Top Luxury menerusi video YouTube.

The native Malaysians simply can’t afford to buy these apartments as the property prices are set with only the Chinese markets in mind.

Top Luxury menerusi video YouTube.

Keadaan berubah pada zaman Tun M

Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila Tun Mahathir dilantik kembali untuk menjadi Perdana Menteri dan telah menghalang pembelian hartanah di sana oleh orang asing.

Jelas beliau, bandar yang sedang dibina itu tidak akan dijual kepada orang asing. Malah, kerajaan di bawah kepimpinannya tidak akan memberikan visa untuk mereka datang dan menetap di sana.

Penularan wabak Covid-19 turut memberikan tamparan hebat kepada projek mega ini apabila banyak pelabur mula menarik diri dan jumlah jualan kian merosot.

Oleh disebabkan itu, hasilnya pada tahun 2020 – kurang dari 500 orang dilaporkan mendiami kawasan tersebut.

Angka ini disifatkan sebagai angka yang rendah atau dalam bahasa mudahnya ‘gagal’ memandangkan tempat ini mampu menempatkan 700 ratus ribu orang dalam satu masa.

So by the start of 2020, less than 500 people were actually living in the residential developments which is not a lot considering that Forest City is designed for 700,000 people. The project has remained in flux ever since with some salespeople claiming that fewer than 10 homes were sold at Forest city since the start of the Coronavirus pandemic.

Top Luxury menerusi video YouTube.

Top Luxury menerusi video tersebut juga menjelaskan bahawa projek ini juga disifatkan semakin tidak menentu apabila pemaju iaitu County Garden pada beberapa tahun lalu mula melaksanakan pemberhentian pekerja seramai 1,000 orang dengan memberikan petanda kemerosotan pada perancangan projek tersebut.

Mereka merumuskan bahawa projek ini walaupun sudah disuntik dengan berbilion dolar, ia tidak mampu mengubahnya daripada menjadi salah satu projek mega yang tidak berguna di dunia buat masa ini.

Tonton video penuh oleh Top Luxury di bawah:


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd