Now Reading
“Macam Hidup Dalam Tahun 3,000” – Pelancong UK Puji Kemajuan Stesen MRT Laluan Putrajaya

“Macam Hidup Dalam Tahun 3,000” – Pelancong UK Puji Kemajuan Stesen MRT Laluan Putrajaya

Antara kecanggihan di stesen MRT Laluan Putrajaya yang mendapat perhatian pelancong dari United Kingdom ini adalah lampu pada pintu masuk serta kewujudan koc khas wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang pergi ke mana-mana negara maju seperti United Kingdom (UK), Jepun, Korea Selatan dan sebagainya, mereka juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan penduduk tempatan serta para pelancong.

Di Malaysia pula, antara pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan orang ramai adalah LRT (Light Rail Transit) dan MRT (Mass Rapid Transit).

Dengan adanya pengangkutan awam ini yang dijaga dengan baik di Malaysia, para orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan dengan selesa sepanjang perjalanan.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Selepas Tahu Ini Rupanya Pemilik Suara Dalam MRT – “Stesen Berikutnya…” [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Payunglah’ Kini Tersedia Di Stesen MRT Buat Anda Yang Terperangkap Dalam Hujan


Pelancong Dari UK Kagum Dengan Kecanggihan Stesen MRT Laluan Putrajaya

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@veggiesontour), pelancong dari UK bersama pasangannya dilihat melancong ke Malaysia dan mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sebagai pengangkutan.

Dalam video berkenaan, pelancong tersebut meluahkan rasa kagum dengan kecanggihan stesen MRT yang dibina dengan pelbagai teknologi sehingga menyifatkan Malaysia seolah-olah hidup pada tahun 3,000.

Antara yang menjadi perhatian mereka adalah apabila mesin untuk membeli token akan memberikan duit baki wang tunai kepada pengguna dan mendakwa perkara seperti itu tidak berlaku di UK.

Sumber: TikTok (@veggiesontour)

Pelancong berkenaaan turut memuji kecanggihan mesin pembelian token yang membolehkan para pengguna menggunakan kad bank untuk membuat pembayaran tanpa tunai.

Selain itu, mereka juga kagum dengan lampu-lampu yang ada pada pintu masuk stesen selepas token dimasukkan.

Katanya pengalaman itu membuatkan dirinya berasa seperti di dalam filem Star Wars.

Sumber: TikTok (@veggiesontour)

Aspek kebersihan serta keselamatan wanita yang dititikberatkan dalam stesen MRT berkenaan juga membuatkan warga UK ini meluahkan rasa terkejut.

Mereka juga ada koc khas untuk pengguna wanita untuk melindungi dan membolehkan para wanita berasa selamat ketika berada di dalam stesen berkenaan. UK pun patut buat benda yang sama.

Pengguna TikTok @veggiesontour.

Bukan itu sahaja, kemajuan gerabak MRT yang dipandu secara automatik dan kekuatan penghawa dinginnya yang sejuk juga mendapat pujian dari pelancong UK tersebut.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 191,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@veggiesontour/video/7364196931364474145

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Pelancong UK Beri Pujian Kepada Pengangkutan Awam Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas menonton video perkongsian pengalaman oleh pelancong itu.

Rata-rata netizen dilihat berterima kasih kepada pelancong terbabit atas kata-kata pujiannya dan turut mengalukan keberadaan mereka untuk melancong menggunakan pengangkutan awam di Malaysia.

“Bukan semua pelancong bercakap tentang perkara baik, jadi terima kasih. Kami tidak selalu jadi yang terbaik tapi kami cuba,” ujar netizen.

Sementara itu, seorang netizen pula berkata bahawa mesin berkenaan sebenarnya sudah lama digunakan di Malaysia di stesen MRT.

Sumber: TikTok

RapidKL Perkenal Pembayaran Melalui Kad Debit Dan Kad Kredit Di Semua Kaunter

Dalam satu perkembangan terbaharu, pihak RapidKL telah memperkenalkan mod pembayaran melalui kad debit atau kad kredit di semua kaunter khidmat pelanggan bermula 30 April lalu.

Pengguna LRT, MRT, BRT dan Monorel kini boleh menggunakan kad debit atau kredit untuk membeli token, menambah nilai kad Touch ‘n Go, dan melanggan pas perjalanan My50 atau MyCity.

Sebagai info, pembelian token juga boleh dibuat di kaunter khidmat pelanggan selain mendapatkannya di mesin.

Sebelum adanya platform tambahan ini, pengguna hanya boleh menggunakan mod pembayaran melalui kod QR atau wang tunai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd