Now Reading
[Video] Kelibat Buaya Muncul Sekitar Jeti Puteri Harbour, Johor. Penduduk Luah Rasa Bimbang

[Video] Kelibat Buaya Muncul Sekitar Jeti Puteri Harbour, Johor. Penduduk Luah Rasa Bimbang

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Aminuddin Jamin berkata pihak mereka telah menerima aduan berkaitan kemunculan reptilia buaya berkenaan di Puteri Harbour.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salah satu haiwan reptilia iaitu buaya yang kebiasaanya dilihat di dalam kawasan sungai sudah pasti menakutkan orang ramai selepas banyak kes manusia yang maut akibat diterkam oleh buaya.

Tengok dari jauh pun sudah meremang bulu roma, inikan pula kalau buaya tersebut berada dalam jarak yang dekat di sesebuah lokasi.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Maut Disambar Buaya Sempat Tolak Ibu Jauh Darinya Untuk Elak Dibaham

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Biawak” – Wanita Warga Emas Terkejut Digigit Anak Buaya

Sebelum ini juga, kelibat buaya juga pernah dilihat sendiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim apabila haiwan berkenaan dipercayai sedang berenang di lautan berhadapan dengan Istana Flinstone, Mersing, Johor.

Menurut TMJ, kelibat reptilia itu dijumpai sedang berenang di dalam lautan sekitar mereka satu jam selepas baginda sekeluarga berenang di kawasan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: TMJ Kongsi Video Jumpa Buaya Dalam Lautan Ketika Berenang Depan Istana Bersama Keluarga


Kelibat Buaya Ditemui Di Puteri Harbour, Johor

Baru-baru ini, beberapa pengunjung sekitar Puteri Harbour di Iskandar Puteri, Johor dikejutkan dengan kemunculan seekor buaya di kawasan tempat parkir bot.

Lebih membimbangkan lagi, lokasi tersebut sering dikunjungi orang ramai pada hujung minggu kerana menjadi tempat riadah bagi seisi keluarga.

Memetik sumber Buletin TV3, seorang pengunjung dikenali sebagai Maryam berkata kemunculan buaya tersebut menyebabkan dia dan keluarga terpaksa mencari lokasi riadah yang lain kerana tidak mahu menanggung risiko jika berlaku sesuatu tidak diingini.

Kami biasa ke Puteri Harbour pada hujung minggu kerana ia menempatkan taman tema, restoran dan penginapan. Sekiranya ada kejadian tidak diingini berlaku, ia boleh menjejaskan perniagaan di situ selain menjejaskan imej kawasan riadah berkenaan.

Maryam.
Sumber: TikTok @cikk_nazz_channel

Pihak Perhilitan Sedang Lakukan Pemantauan Di Puteri Harbour

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Aminuddin Jamin berkata pihak mereka telah menerima aduan berkaitan kemunculan reptilia berkenaan di Puteri Harbour.

Susulan itu, pihak Perhilitan sedang melakukan pemantauan secara berterusan bersama pihak pengurusan Puteri Harbour bagi memastikan keselamtan pengunjung di lokasi terbabit.


Kelibat Buaya Di Puteri Harbour Sempat Dirakam Oleh Pengunjung

Rakaman video menunjukkan kelibat haiwan reptilia itu di sekitar Puteri Harbour turut dikongsikan oleh seorang netizen di laman TikTok (@cikk_nazz_channel).

https://www.tiktok.com/@cikk_nazz_channel/video/7309993457815145735?_r=1&_t=8i8vuDvIqxD

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa takut dengan kelibat buaya itu yang berada sangat hampir dengan kawasan tempat meletak bot di Puteri Harbour.

Situasi berkenaan juga membuatkan netizen mula takut untuk bermandi di laut selepas mendakwa semakin banyak buaya ditemui di kawasan tersebut.

“Makin takut nak mandi laut. Merata-rata dia ada sekarang,” kata seorang netizen.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen pula berharap agar haiwan reptilia tersebut tidak dibunuh tetapi hanya ditangkap dan dipindahkan ke lokasi yang bersesuaian dengan habitatnya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memberitahu bahawa kelibat buaya sering ditemui di beberapa kawasan tumpuan ramai yang lain sekitar Johor seperti di Danga Bay.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd