Now Reading
MITI Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Di Mamee Double Decker, Subang Jaya

MITI Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Di Mamee Double Decker, Subang Jaya

Antara yang turut hadir dalam majlis berbuka puasa ini adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Majlis Berbuka Puasa MITI Bersama Anak Yatim telah berlangsung dengan meriahnya di Mamee Double Decker, Subang Jaya.

Program yang dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menarik perhatian pelbagai pihak dengan kehadiran para pemimpin industri dan wakil daripada agensi di bawah MITI.

Antara yang turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee Tan Sri Pang Tee Chew, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee Datuk Seri Pang Tee Nam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee Double Decker Pierre Pang Hee Ta, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, serta Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman, disertai dengan pegawai kanan setiap agensi.

Majlis yang bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim seiring dengan suasana Ramadan yang mulia ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 100 orang anak anak yatim dari Subang Jaya dan Puchong.

Dalam program ini, Menteri MITI turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim sebagai tanda kasih sayang serta penghargaan. Tambahan pula, Mamee Double Decker turut memberi sumbangan “goodies bag” yang mengandungi produk-produk Mamee kepada anak-anak yatim yang hadir.

Namun, sorakan tak terhingga mengiringi pengumuman pelancaran program Junior Monstar Scholarship yang diberikan penghormatan kepada Menteri MITI untuk melancarkannya dan seterusnya menyampaikan “mock cek” berjumlah RM50,000 kepada penerima sulung program ini iaitu pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei yang juga merupakan anak perempuan kepada Setiausaha Pengurusan Mamee Double Decker di Melaka, Jane Yeo.

Program ini merupakan inisiatif syarikat untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak pekerja syarikat Mamee Double Decker dalam pelbagai bidang, termasuk akademik, seni dan sukan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd