Now Reading
[Video] Pensyarah UIA Dipuji Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas, Elak Dicuri

[Video] Pensyarah UIA Dipuji Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas, Elak Dicuri

Pensyarah berkenaan juga membukakan pintu bagi memudahkan pelajar tersebut membawa masuk basikalnya ke dalam kelas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bukan semua pelajar mempunyai kereta atau motosikal sebagai pengangkutan untuk mereka ke kelas pada setiap hari.

Disebabkan itu, ada yang memilih untuk menggunakan bas, berjalan kaki dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk berjimat-cermat.

Tetapi bagi mereka yang mahu menaiki basikal, terfikir juga nak letak basikal itu di mana? Bukan apa, risau pula kalau habis kelas nanti tiba-tiba basikal sudah tiada di tempatnya.


Pensyarah Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas

Memahami situasi yang dialami oleh para pelajar, seorang pensyarah universiti dipercayai telah memberi kebenaran kepada pelajarnya untuk meletakkan basikalnya di dalam kelas.

Ini kerana ia bagi mengelakkan daripada basikal terbabit dicuri atau hilang jika diletakkan di luar kelas ketika sesi kuliah sedang berlangsung.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@heyashyaaziz), pensyarah berkenaan dilihat siap membukakan pintu kepada pelajar wanita itu bagi membolehkan dia membawa masuk basikal dengan selamat sebelum menutupkan juga pintu tersebut.

Jelas kelihatan reaksi pelajar berkenaan yang gembira dan tersenyum semasa membawa masuk basikal miliknya ke dalam kelas.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 532,400 tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Puji Sikap Pensyarah Yang Memahami Pelajar

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen dan rata-ratanya dilihat memuji sikap pensyarah tersebut yang dikatakan prihatin dengan para pelajarnya.

Sesetengah netizen mendakwa mereka mengenali pensyarah itu yang bernama Dr Aslam yang mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Malah, mereka turut mengakui bahawa pensyarah berkenaan dikenali sebagai seseorang yang baik dan prihatin terhadap pelajar-pelajarnya.

“Dr Aslam memang baik gila. Understanding level dia tu macam bapa dengan anak,” kata netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang berharap agar mereka mendapat pensyarah yang baik seperti Dr Aslam pada suatu hari nanti.

Sumber: TikTok

Dapat pensyarah yang prihatin seperti ini adalah satu rezeki yang sangat berharga. Memang bersyukur betul bila ada pendidik yang baik hati dan prihatin dengan pelajar-pelajar mereka. Semoga segala jasa dan pengorbanan para pendidik sekalian dibalas dengan lebih banyak pada masa akan datang. Amin.

Baca Artikel Berkaitan: Pensyarah UKM Sumbang Dana Buat Pelajar Untuk Beli Laptop Demi Siapkan Tesis. Salute!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd