Pensyarah UKM Sumbang Dana Buat Pelajar Untuk Beli Laptop Demi Siapkan Tesis. Salute!
Tanpa banyak bertanya, pensyarah itu terus menghulurkan bantuan kewangan untuk membantu pelajarnya membeli komputer riba baharu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Di media sosial, isu tentang seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghina pelajar B40 masih hangat diperkatakan.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh pensyarah tersebut selepas medapat tahu bahawa pelajarnya tidak mempunyai komputer riba untuk tujuan pembelajaran.
Pihak UiTM juga sedang menjalankan siasatan dan tindakan segera akan diambil kepada pensyarah tersebut.
BACA JUGA: Isu Pensyarah Herdik Pelajar B40 Tiada Laptop, UiTM Akan Ambil Tindakan

Situasi hampir sama, reaksi berbeza
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@airore0) bernama Ishaira Syuhada berkongsi pengalamannya yang hampir sama dilalui seperti pelajar UiTM tersebut.
Namun, gadis dikenali sebagai Aira ini lebih beruntung apabila dia dilayan dengan begitu baik oleh pensyarahnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika mengalami masalah dengan komputer ribanya pada semester akhir pada tahun lalu.
Ketika itu, komputer riba memang sangat diperlukan untuk menyiapkan tesis yang perlu dihantar pada hujung semester. Tak siap tesis, tak boleh pergi latihan industri.
Jadi, Aira menjelaskan situasi komputer ribanya yang rosak kepada Ketua Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM Prof. Madya Dr. Wan Amizah Wan Mahmud atau dikenali sebagai Dr Wan.

Siapa sangka, Dr Wan tanpa banyak bertanya terus menghulurkan bantuan kewangan kepada Aira bagi membantunya membeli komputer riba yang baharu untuk menyiapkan tesis akhir.
Lecturer aku ni aku dah last sem nak buat thesis takde laptop senang senang je bagi tanpa banyak tanya. Macam mana prof uitm sorang tu boleh maki student tanpa selidik eh?
— aira 🇲🇾 (@airore0) March 30, 2022
++ lecturer bantu dapatkan zakat ye. Dah habis belajar pun masih terharu. https://t.co/1mRsxkAEjF pic.twitter.com/w8puDgkKxx
Kumpul dana sesama pensyarah
Menurut media, Dr Wan telah menubuhkan dana bersama pensyarah-pensyarah lain bagi membantu pelajar yang memerlukan bagi memudahkan urusan pembelajaran mereka di UKM.
Kutipan dana dalam kalangan pensyarah dan dermawan telah berjaya meraih RM1,000. Memang sudah menjadi kebiasaan pada awal semester untuk kami membuat kutipan seperti ini untuk bantu pelajar.
Ketua Program Komunikasi Media Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Wan Amizah Wan Mahmud.
Penulis sendiri sebagai bekas pelajarnya mengakui bahawa Dr Wan adalah pensyarah yang sangat pemurah dan akan sentiasa membantu menyelesaikan masalah anak muridnya.
Apa yang penting bagi Dr Wan adalah melihat kesemua pelajarnya memegang skrol ijazah sarjana muda semasa hari graduasi.
Memang bersyukur betul bila ada pendidik yang baik hati dan prihatin dengan pelajar-pelajar mereka. Semoga segala jasa dan pengorbanan dibalas dengan lebih banyak pada masa akan datang. Amin.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.