Kes Memasak Di Stesen Minyak: Polis Kini Giat Buru Individu
Pihak polis menerima maklumat bahawa lokasi individu memasak di stesen minyak berhampiran Genting Highlands sering menjadi tumpuan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, tular di media sosial video sekumpulan anak muda yang selamba memasak mi segera dipercayai di sebuah stesen minyak berhampiran Genting Highlands, Pahang.
Mereka juga dilihat membawa beberapa keperluan memasak seperti kuali, senduk, sudu, garfu dan sebagainya untuk ‘berkelah’ di kawasan tersebut beramai-ramai.
Keberadaan mereka di sana turut menyebabkan stesen minyak berkenaan dipenuhi dengan kenderaan sehingga menjadi sesak.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Selamba Masak Guna Dapur Gas, Aksi Anak Muda Di Stesen Minyak Undang Kecaman
Polis Sedang Buru Kumpulan Anak Muda Masak Di Stesen Minyak
Memetik laporan Harian Metro, polis kini sedang membuka satu kertas siasatan berhubung video tersebut yang tular berikutan aktiviti mereka yang memasak di tempat tidak sepatutnya.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan pihak mereka telah menerima laporan sekitar 12:35 tengah hari pada Selasa lalu (14 Mei).
Susulan kejadian itu, pasukannya akan digiatkan untuk melakukan operasi bersepadu sekitar kawasan terbabit dengan lebih kerap pada hujung minggu dan cuti umum.

Mereka yang didapati melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam akan dikenakan tindakan tegas.
Polis mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu keterangan awam.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar.
Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tular tersebut untuk tampil membantu siasatan.
Kertas siasatan melibatkan aktiviti terlarang itu dibuka mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kegusaran awam dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan berikutan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri.
Macam mana diorang ni boleh terfikir nak pasang stove dekat stesen minyak? 😰 pic.twitter.com/BvBr5h8It9
— 🇲🇾 (@localrkyt) May 12, 2024
Langkah Keselamatan Ketika Berada Di Stesen Minyak

Stesen minyak adalah lokasi yang mempunyai risiko untuk terbakar jika pengguna tidak menjaga keselamatan di kawasan sekitarnya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah panduan keselamatan semasa berada di stesen minyak. Antaranya:
- Mematikan enjin kenderaan ketika ingin mengisi minyak.
- Dilarang merokok atau menggunakan pemetik api.
- Tidak menggunakan telefon.
- Nyahcaskan eletrik statik dengan menyentuh logam pada kenderaan sebelum mengisi minyak.
Baca Artikel Berkaitan: Pernah Nampak Ruang Petak Kuning Di Stesen Minyak? Ini Fungsi Sebenarnya
Baca Artikel Berkaitan: Apa Nak Buat Kalau Tersalah Isi Minyak Diesel Pada Kereta Petrol? Ini Yang Anda Wajib Tahu
Baca Artikel Berkaitan:Â Dari Mana Datangnya Nama Minyak Diesel? Lelaki Ini Dedah Sejarah Di Sebaliknya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.