Now Reading
[Video] Selamba Masak Guna Dapur Gas, Aksi Anak Muda Di Stesen Minyak Undang Kecaman

[Video] Selamba Masak Guna Dapur Gas, Aksi Anak Muda Di Stesen Minyak Undang Kecaman

Bukan sahaja dapur gas, malah segala keperluan untuk memasak seperti kuali, senduk dan beberapa pek mi segera juga dibawa ketika memasak di stesen minyak tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di stesen minyak, perasan tak ada papan peraturan yang ditampal pada tiang untuk mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berada di kawasan tersebut.

Hanya disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh seseorang, dibimbangi ia boleh memberi kesan buruk juga kepada pengguna lain yang berada di stesen minyak tersebut.

Meskipun peraturan sudah terpampang, tetapi masih ada pihak yang berdegil dan tidak mengambil endah mengenai perkara tersebut.


Sekumpulan Individu Memasak Guna Dapur Gas Di Stesen Minyak

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@localrkyt), kelihatan sekumpulan anak muda didakwa memasak menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Higlands, Pahang.

Bukan sahaja dapur gas, malah segala keperluan untuk memasak seperti kuali, senduk dan beberapa pek mi segera juga dibawa bersama untuk dimakan secara beramai-ramai.

Siap ada yang bawa kerusi ‘healing’ lagi.

Sumber: X @localrkyt

Namun secara tiba-tiba, kedengaran bunyi siren kereta polis berada berhampiran stesen minyak tersebut.

Tetapi disebabkan mi segera itu sudah dimasak, jadi mereka pun tidak menghiraukan situasi anggota polis yang semakin menghampiri.

“Sambung makan dulu la, benda dah masak,” kata pemilik video.

Situasi memasak ini menjadi semakin keruh apabila individu-individu terlibat dipercayai meletakkan kenderaan mereka di stesen minyak dan kawasan itu kelihatan padat dengan kereta.

Perkara ini secara tidak langsung mengakibatkan pengguna lain yang mahu mengisi minyak di lokasi terbabit akan mengalami kesukaran untuk bergerak.


Netizen Bengang Lihat Aksi Sekumpulan Individu Memasak Di Stesen Minyak

Situasi yang tular itu telah meraih pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya tidak menyokong aksi yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda itu.

Ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan kumpulan tersebut yang dilihat mengambil mudah bahaya memasak menggunakan dapur gas di stesen minyak.

“Belum pernah aku jumpa manusia dekat muka bumi ni yang healing guna dapur gas kat stesen minyak. Level tak masuk akal dia tak boleh bawa bincang,” luah netizen.

Malah, ada yang mempersoalkan mengapa pekerja di stesen minyak berkenaan tidak menegur perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak muda itu.

Pada masa yang sama, netizen memberi cadangan agar pihak stesen minyak tersebut membuat laporan untuk memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat.

Sumber: X @localrkyt

Langkah Keselamatan Ketika Berada Di Stesen Minyak

Stesen minyak adalah lokasi yang mempunyai risiko untuk terbakar jika pengguna tidak menjaga keselamatan di kawasan sekitarnya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah panduan keselamatan semasa berada di stesen minyak. Antaranya:

  • Mematikan enjin kenderaan ketika ingin mengisi minyak.
  • Dilarang merokok atau menggunakan pemetik api.
  • Tidak menggunakan telefon.
  • Nyahcaskan eletrik statik dengan menyentuh logam pada kenderaan sebelum mengisi minyak.

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Nampak Ruang Petak Kuning Di Stesen Minyak? Ini Fungsi Sebenarnya

Baca Artikel Berkaitan: Apa Nak Buat Kalau Tersalah Isi Minyak Diesel Pada Kereta Petrol? Ini Yang Anda Wajib Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Dari Mana Datangnya Nama Minyak Diesel? Lelaki Ini Dedah Sejarah Di Sebaliknya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd