Barisan Peguam Tawar Khidmat Pro Bono Buat Artis Tempatan & Vendor Untuk Saman The 1975 Kes Pembatalan GVF2023
Sementara itu, vendor-vendor di GVF2023 yang terkesan kini dilihat sedang mencuba untuk mengimbangi kerugian dengan membuka gerai pop-up secara last-minute bertujuan menghabiskan stok makanan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seorang Peguam iaitu Mathew Thomas Philip menulis di LinkedIn bahawa beliau gembira untuk mewakili semua artis tempatan secara pro bono bagi menuntut kumpulan muzik British, The 1975 di atas atas pembatalan konsert yang menyebabkan pendapatan kesemua artis yang dijadualkan untuk beraksi terjejas.
Dalam kemas kini di Facebook, Mathew kini sedang bekerjasama dengan sekumpulan peguam bagi mewakili artis tempatan dan vendor berhubung tuntutan terhadap kumpulan muzik tersebut.
Noh, pro bono to the local artist. Congrats @the1975 pic.twitter.com/wxRjXBOVfr
— Danxiety 🇲🇾 (@dan_ghaz) July 22, 2023
Para peguam terlibat juga memaklumkan bakal mengadakan penemuan secara bersemuka (townhall( bersama barisan artis tempatan serta vendor-vendor yang terkesan akibat pembatalan konsert berkenaan.
Townhall ini dijadualkan pada 25 Julai (Selasa) di Barrister’s Brew, Sri Hartamas, pada jam 7 malam.
We stand in hand and in outrage with Artists and Vendors whom were affected by cancellation of Good Vibes Festival 2023.
— Alya 👢👢 (@alyaqstn) July 22, 2023
Thomas Philip will be providing Legal Assistance for you to recover the loss your MSME suffered.
Contact me to get in touch with our pro bono team. pic.twitter.com/NX84hVSa5g
Vendor GVF2023 Kini Sedang Mencuba Untuk Mengendalikan Situasi Dengan Baik
Meskipun terpaksa menghadapi rintangan dek pembatalan konsert GVF2023, vendor-vendor kini dilihat berusaha sebaik mungkin untuk mengimbangi semula segala kerugian dengan cara menganjurkan ‘pop-up’.
Kedai-kedai seperti Dream Burger, Flaaah, Kingu Kongu, dan Nomms Fried Chicken sudah melakukan penjualan stok sejak 23 Julai (Ahad).
Colony Coworking and Event Spaces turut menyertai dengan menawarkan ruang kepada vendor-vendor GVF2023 untuk menjual stok makanan mereka.
Korang juga boleh membantu dengan membeli dan menyokong usaha mereka yang terkesan. Berikut adalah senarai vendor yang terlibat:
- Sausage Sizzle
- Beard Brothers
- Joshi Josh Catering
- Hijau
- Nachoslah
- Cheezuto Cheese Toast
- Superfine.KL
- Fifbites
- Pizza Mansion
- Wokit Malaysia
- A Pie Thing
- Kickin Prawns
- Harvest Gourmet
- Chez Will.i.am.
- Yoohoofries
- Cheese station
- Mor’mantau
Bukan itu sahaja, barisan artis tempatan yang tidak dapat beraksi di GVF2023 seperti yang dijadualkan telah dijemput untuk membuat persembahan di Jio Space PJ pada jam 6 petang semalam (23 Julai). Kemasukan adalah percuma untuk semua.
Good Vibes Festival food vendors. Colony Coworking and Event Spaces is happy to give you a space to sell any food stock if you need. Pls dm me.
— Timothy Tiah (@timothytiah) July 22, 2023
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.