Now Reading
Mangsa Syahid & Hilang Di Gaza Cecah 26,700 Individu Akibat Serangan Berterusan Oleh IDF

Mangsa Syahid & Hilang Di Gaza Cecah 26,700 Individu Akibat Serangan Berterusan Oleh IDF

Mangsa yang dilaporkan syahid juga terdiri daripada 310 pegawai perubatan, dan 35 anggota pertahanan awam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kini, peperangan antara Palestin-Israel telah pun mencecah hari ke-77. Namun begitu, keadaan di sana dilihat semakin membimbangkan akibat keganasan yang berterusan.

Kekejaman oleh pihak musuh juga menyebabkan warga Palestin kehilangan rumah tercinta termasuklah tidak mempunyai keperluan harian yang mencukupi.

Penindasan yang tidak berkesudahan sepanjang 75 tahun itu juga menyebabkan ribuan mangsa tercedera selain daripada syahid.


Jumlah Mangsa Maut & Hilang Di Palestin Semakin Meningkat

Serangan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin yang tidak bersalah telah mengakibatkan sejumlah 26,700 individu terbunuh dan hilang sejak 7 Oktober.

Menurut pejabat media kerajaan Palestin, kira-kira 20,000 mangsa telah maut termasuklah 8,000 kanak-kanak dan 6,200 daripada golongan wanita. Bahkan, mangsa yang dilaporkan syahid juga terdiri daripada 310 pegawai perubatan dan 35 anggota pertahanan awam.

Dalam pada itu pejabat media dalam kenyataan sama, memaklumkan bahawa kekejaman pihak musuh turut mendorong kepada kemusnahan sekitar 308,000 unit rumah di seluruh Semenanjung Gaza.


Wartawan Yang Terbunuh Di Gaza

Umum sedia maklum, pihak wartawan juga merupakan mangsa terkorban dalam konflik yang sedang berlaku di Palestin. Setakat semalam (21 Disember), sejumlah 68 orang wartawan dilaporkan meninggal dunia. Susulan itu, 15 petugas yang lain sedang mengalami kecederaan, tiga hilang dan 20 orang daripadanya ditahan IDF.

Antara wartawan yang sudah syahid adalah:

1. Abdallah Alwan.

Alwan merupakan seorang petugas media Palestin dan pakar suara yang menyumbang kepada pelbagai saluran termasuklah platform milik Al-Jazeera Midan, majalah Mugtama dan Al-Jazeera serta hos radio Holy Quran Radio Universiti Islam.

Dia telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem Jabalia pada 18 Disember 2023.

2. Assem Kamal Moussa.

Moussa adalah seorang wartawan Palestin yang melaporkan berita visual dan bertulis untuk laman web milik persendirian tempatan Palestine Now. Dia telah syahid dalam serangan udara Israel ke atas Khan Yunis di Selatan Gaza pada 17 Disember.

3. Haneen Kashtan.

Kashtan adalah seorang wartawan Palestin yang menyumbang kepada pelbagai saluran media termasuk televisyen tempatan yang bersekutu dengan Fatah Al-Kofiya dan TV Web Baladna milik persendirian.

Dia terkorban dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di utara Gaza pada tarikh sama, 17 Disember.


Serangan Bom Di Kem Jabalia Di Utara Gaza

Serangan IDF ke atas sebuah kem pelarian Jabalia di utara Gaza dipercayai masih berterusan sehingga kini.

Sebelum ini, laman berita TRT World melaporkan kem tersebut sekali lagi menjadi sasaran serangan askar rejim Zionis sehingga mengakibatkan 90 penduduk terbunuh.

Manakala satu lagi serangan peluru berpandu dihalakan ke sebuah rumah milik keluarga Shehab yang membunuh 24 orang, lapor stesen radio Hamas Aqsa.


Lebih 100 Buah Masjid Di Palestin Musnah

Sementara itu, sebanyak 114 buah masjid juga turut dilaporkan musnah manakala 200 yang lain mengalami kerosakan.

“Pendudukan Israel turut memusnahkan 126 bangunan kerajaan dan sebahagiannya merosakkan 283 yang lain, manakala 90 sekolah dan universiti terpaksa menghentikan operasi,” jelas pejabat media kerajaan Palestin.

Pada ketika ini, seramai 2 juta penduduk tidak mempunyai kediaman dan tempat untuk berteduh daripada serangan berterusan oleh Zionis Israel.


Hospital Terakhir Di Gaza Musnah Diserang Oleh Tentera Israel

Pada Selasa (19 Disember), salah satu hospital terakhir yang masih bertahan di utara Semenanjung Gaza telah musnah diserang oleh tentera Israel.

Memetik sumber AFP, tentera Zionis bukan sahaja memusnahkan hospital malah telah menahan doktor, pesakit dan juga kakitangan perubatan melibatkan rakyat Palestin.

Pengarah Hospital Al-Ahli, Fadel Naim memberitahu bahawa serangan Israel itu mengakibatkan hospital berkenaan tidak lagi mampu untuk beroperasi dan dihalang untuk menerima mana-mana pesakit yang mengalami kecederaan.

Sumber: Al Jazeera

Baca Artikel Berkaitan: Hospital Terakhir Di Gaza Musnah Diserang Oleh IDF

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Malaysia Sekat Kapal ZIM Dari Berlabuh, Tidak Lagi Terima Kapal Guna Bendera Israel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd