Now Reading
Hospital Terakhir Di Gaza Musnah Diserang Oleh IDF

Hospital Terakhir Di Gaza Musnah Diserang Oleh IDF

Pengarah Hospital Al-Ahli, Fadel Naim memberitahu bahawa serangan Israel itu mengakibatkan hospital dihalang untuk menerima mana-mana pesakit.

israel bom hospital palestin (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kekejaman tentera Israel terhadap Palestin tidak menunjukkan sebarang petanda untuk berhenti sejak serangan balas yang dilakukan pada 7 Oktober lalu.

Rejim zionis yang tidak berhati perut ini bukan sahaja mengebom rumah penduduk Palestin, malah mereka juga telah memusnahkan lokasi yang menjadi tempat perlindungan rakyat Palestin seperti sekolah dan hospital.

Kekurangan hospital dan kelengkapan untuk merawat mangsa juga telah menyebabkan ramai pesakit yang tidak dapat diselamatkan oleh para doktor di sana.


Hospital Terakhir Di Gaza Musnah Diserang Oleh Tentera Israel

Memetik sumber AFP, salah satu hospital terakhir yang masih bertahan di utara Semenanjung Gaza telah musnah diserang oleh tentera Israel pada Selasa lalu (19 Disember).

Bukan setakat memusnahkan hospital, tentera rejim zionis juga telah menahan doktor, pesakit dan juga kakitangan perubatan melibatkan rakyat Palestin.

Pengarah Hospital Al-Ahli, Fadel Naim memberitahu bahawa serangan Israel itu mengakibatkan hospital berkenaan tidak lagi mampu untuk beroperasi dan dihalang untuk menerima mana-mana pesakit yang mengalami kecederaan.

Sebelum serangan yang memusnahkan hospital itu berlaku, tentera Israel telah melakukan tembakan pada Isnin lalu (18 Disember) sehingga menyebabkan empat individu mengalami kecederaan dan meninggal dunia sehari kemudiannya.

Sumber: Al Jazeera

Terdahulu, Hospital Al-Ahli ini yang juga dikenali sebagai Hospital Baptist atau Ahli Arab teah mengalami kerosakan teruk akibat letupan di kawasan tempat letak kereta pada 17 Oktober lalu.

Walau bagaimanapun, tentera Israel menafikan insiden yang berlaku dan menyalahkan roket pejuang Hamas yang dikatakan meletakkan sasaran kurang tepat sehingga mengakibatkan letupan berhampiran hospital berkenaan.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sifatkan Hospital Al-Shifa ‘Mandi Darah’

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad lalu (17 Disember) telah menyifatkan Jabatan Kecemasan di Hospital Al-Shifa bermandikan darah dan memerlukan pemulihan selepas dibom oleh tentera Israel.

Oleh kerana Hospital Al-Shifa tidak lagi dapat meneruskan operasi, pesakit kritikal yang memerlukan pembedahan telah dipindahkan ke Hospital Al-Ahli sebelum kawasan itu juga diserang oleh rejim zionis.

Sumber: Al Jazeera

Mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, hospital adalah kawasan larangan dan dilindungi di bawah International Criminal Court ketika berlakunya peperangan.

Namun Israel dilihat tidak mengendahkan undang-undang berkenaan dan dilihat tanpa henti memusnahkan lebih banyak hospital di Palestin.

Sehingga kini, jumlah kematian di Palestin telah meragut lebih 19,667 nyawa dan 52,586 mangsa yang mengalami kecederaan termasuklah kanak-kanak, warga emas dan wanita.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: Israel Kepung Hospital Indonesia Di Gaza, 12 Rakyat Palestin Terbunuh

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd