Now Reading
Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Kementerian Kesihatan Gaza mengeluarkan kenyataan menjelaskan hospital itu telah memainkan peranan penting dalam menawarkan perlindungan kepada orang awam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konflik di antara Palestin dan Israel masih belum kelihatan petanda ingin reda apabila rejim Zionis pada minggu ini tidak henti melancarkan serangan yang menyebabkan nyawa orang awam yang tidak bersalah terbunuh.

BACA JUGA: “Tiada Elektrik & Air” – Rakyat Malaysia Kongsi Keadaan Di Palestin [Video]

Terkini, sebuah hospital di tengah Gaza yang dipenuhi dengan pesakit serta rakyat Palestin yang berlindung dari peperangan telah dibom oleh tentera Israel pada awal pagi tadi (18 Oktober) menyebabkan lebih 500 nyawa terbunuh.

Angka kematian yang tertinggi dalam serangan satu hari sejak 2008

Menurut laporan Al Jazeera hari ini (18 Oktober), pihak berkuasa mengesahkan angka kematian itu adalah yang tertinggi membabitkan serangan askar Zionis dalam masa sehari sejak 2008.

Serangan ke atas Hospital al-Ahli Arab itu mencetuskan kecaman antarabangsa dengan organisasi media serta laman media sosial dihujani gambar-gambar keadaan di kejadian selepas dibom.

Menerusi beberapa gambar yang sohor di media sosial, kelihatan hospital berkenaan musnah sepenuhnya dengan ratusan mayat bergelimpangan.

“Ini adalah keterlaluan dan sekali lagi ia menunjukkan sikap tidak menghiraukan nyawa orang awam,” kata Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) di laman media sosial.

Hospital al-Ahli Arab main peranan penting jadi tempat pelindungan orang awam

Kementerian Kesihatan Gaza mengeluarkan kenyataan menjelaskan hospital itu telah memainkan peranan penting dalam menawarkan perlindungan kepada orang awam.

“Hospital itu menempatkan ratusan orang yang sakit dan cedera, dan orang ramai dipindahkan secara paksa dari rumah mereka,” kata kementerian berkenaan.

Petugas kesihatan dan orang awam bekerjasama bantu tutup kesemua mayat

Rakaman Al Jazeera dari tempat kejadian juga menunjukkan petugas kesihatan dan orang awam menutup kesemua mangsa yang terkorban itu dengan beg atau selimut putih.

“Tiada sesiapa pun yang menyerang hospital di mana-mana negara lain di dunia.

“Adakah mereka akan mengutuk pembunuhan beramai-ramai Israel ini? Adakah mereka akan mengutuk kelakuan Israel ini? Mereka tahu mereka boleh menghalang Israel. Merekalah yang memberikan senjata dan wang serta sokongan kepada penyerang Israel ini,” katanya.

Israel nafi serangan bom hospital di Gaza

Dalam pada itu, Israel menafikan dakwaan serangan tersebut datang dari pihak mereka. Sebaliknya, rejim Zionis itu mendakwa, serangan berpunca dari kesilapan bedilan roket pejuang Hamas, lapor BBC.

Malah bagi menguatkan dakwaan, Kementerian Luar Israel turut memuat naik satu video di Twitter yang kononnya ia adalah bukti insiden berkenaan.

Pun begitu, ramai netizen enggan mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar negara haram itu kerana berpendapat ia hanyalah propaganda selain waktu pada video menunjukkan ia dirakam sejam sebelum insiden.

Israel terus serang dan bunuh orang awam yang tidak bersalah

Sejak minggu ini, beberapa serangan daripada askar Zionis Laknatullah ke arah orang awam seperti di hospital dan sekolah telah menyebabkan ratusan nyawa terkorban. Jelas bahawa Israel lah pengganas yang sebenar.

Namun media barat dan segelintir selebriti antarabangsa yang seakan membutakan mata dan memekakkan telinga memilih untuk memihak kepada Israel dan menyalahkan Palestin atas apa yang telah berlaku.

BACA JUGA: The Rock Dikecam Selepas Gelar Hamas ‘Terrorist’, Siap Tutup Komen Di Posting IG


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd