Now Reading
[Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom

[Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom

Masjid Muhammad Al Amin yang siap dibina pada penghujung tahun 2013 musnah selepas dibom pada Sabtu (7 Oktober).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dunia ketika ini digemparkan dengan perang antara tentera Zionis Israel dan pejuang Palestin.

Malah ketika ini, kedua-dua pihak saling menyerang di banyak lokasi antaranya di Gaza.

Israel difahamkan turut mengancam untuk memotong bekalan elektrik serta talian internet penduduk tempatan di Gaza.


Masjid Hasil Dana Rakyat Malaysia Yang Dibina Di Palestin Telah Musnah

Serangan yang berlaku di Palestin telah mengorbankan ratusan nyawa serta memusnahkan banyak bangunan termasuklah Masjid Muhammad Al Amin yang telah dilaporkan runtuh keseluruhannya pada Sabtu lalu (7 Oktober).

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Muslim Care Malaysia Society, klip video tersebut menunjukkan masjid yang dibina menggunakan dana sumbangan oleh rakyat Malaysia telah runtuh dan hancur.

Dalam beberapa gambar yang dikongsi, kelihatan beberapa penduduk setempat sedang mengutip kitab suci al-Quran yang tertimbus di bawah runtuhan masjid berkenaan.

“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zionis lsrael,” kata pengendali akaun Muslim Care Society (MCM).

Menurut kapsyen akaun media sosial tersebut, badan bukan kerajaan (NGO) MCM telah mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid yang luas dan cantik pada penghujung tahun 2013 untuk kegunaan rakyat Palestin mengerjakan ibadah.

Sumber: Facebook Muslim Care Malaysia

Hamas Lancarkan Operasi Al-Aqsa ‘Flood’ Bagi Melawan Serangan Musuh

MCM dalam masa sama menjelaskan bahawa serangan oleh pihak Zionis tidak akan memudarkan semangat jihad umat Islam.

Susulan pencerobohan yang dilancarkan oleh musuh, pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas telah membalas serangan tersebut dengan melakukan operasi Al-Aqsa (Operation Al-Aqsa Flood).

Operasi berkenaan menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera, dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu.

Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif meminta semua pejuang pembebasan untuk melancarkan serangan ke atas Israel dengan segala cara dan peralatan yang ada bagi melindungi bumi Gaza.

Baca Artikel Berkaitan: Pusat Beli-Belah AEON Di Ipoh Ditutup Akibat Ancaman Bom, Lelaki 38 Tahun Dicekup

Baca Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Di Bank, Lelaki Lempar Bom Petrol Di Pintu Masuk Bank Kini Ditahan Polis Di Sarawak

Baca Artikel Berkaitan: PAS Dikecam Bandingkan Perjuangan Palestine Dengan Bangsa Melayu Atas Tujuan Politik

Sumber: Facebook Muslim Care Malaysia Society | Astro Awani | Berita Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd