Now Reading
Tak Puas Hati Di Bank, Lelaki Lempar Bom Petrol Di Pintu Masuk Bank Kini Ditahan Polis Di Sarawak

Tak Puas Hati Di Bank, Lelaki Lempar Bom Petrol Di Pintu Masuk Bank Kini Ditahan Polis Di Sarawak

Suspek dipercayai membaling bom petrol dikenali sebagai Molokov cocktail kerana tidak berpuas hati ketika ingin membuka akaun bank yang baharu.

Penganggur Ditahan Polis Lepas Baling Bom Petrol Di Pintu Bank Di Sarawak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial apabila seorang lelaki dipercayai membaling sesuatu ke arah pintu masuk cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga mengakibatkan api yang marak.

Selepas membaling bahan bakar tersebut, lelaki tersebut melarikan diri sambil melihat ke arah bank berkenaan.

Dalam video yang dikongsikan oleh seorangg pengguna Twitter (@anthraxxx781), kelihatan seorang lelaki sempat keluar dari bank tersebut sebelum bahan bakar itu dibaling.

Suspek Lempar Bom Petrol Molotov Cocktail Ditahan Oleh Pihak Polis Sarawak

Memetik laporan Astro Awani, seorang lelaki dipercayai penganggur telah ditahan oleh pihak polis selepas tindakannya membaling sebuah bom petrol dikenali sebagai Molotov cocktail di pintu masuk sebuah cawangan bank semalam (9 Februari).

Kejadian tersebut yang berlaku di Jalan Nyabor, Sibu, Sarawak itu telah mengakibatkan kebakaran sebelum beberapa orang awam datang memadamkan api menggunakan alat pemadam api.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, pihak beliau telah menerima laporan berkaitan kes tersebut sekitar jam 9:40 malam.

Suspek berusia 36 tahun itu telah ditahan di kediamannya di Jalan Belian pada jam 10:56 malam semalam bagi membantu siasatan.

Sumber: TVS

Punca Kejadian Didakwa Kerana Suspek Tidak Puas Hati Dengan Perkhidmatan Bank

Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian suspek membaling bom petrol itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bank berkenaan ketika melakukan urusan membuka akaun baharu.

Dalam pada itu, suspek juga mengaku telah terlibat dalam kejadian tersebut dan pernah mempunyai rekod termasuklah kes dadah.

Suspek kini berada dalam tahanan pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd